Perak Hari Ini

84 Projek Permulaan Dikenalpasti di Perak

Satu lagi makmal Keberhasilan Utama (KRA) yang merupakan pemacu Pelan Perak Aman Jaya bakal direalisasikan apabila lebih 84 Projek Permulaan (EPP) bakal dilaksanakan di Perak dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemadam) melalui Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman memberitahu projek berkenaan dianjurkan dibawah makmal keenam KRA dimana ia merupakan initiatif kerajaan negeri ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan dan perindustrian yang lebih maju di negeri itu.

Jelas beliau, daripada 131 EPP yang dikenalpasti boleh dibangunkan 84 daripadanya bakal dilaksanakan di Perak dan ia jelas dapat membantu kerajaan negeri untuk mengubah sistem ekonomi tradisi yang diamalkan sekarang kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan dimana ia sekaligus menjadi faktor penyumbang kemajuan Perak menjelang 2020.

” Pemandu telah diberi amanah untuk menjana Pelan Transformasi Ekonomi. Jadi dengan adanya 84 projek tersebut ia akan menjadi peneraju kepada pembangunan negeri Perak.

” Daripada projek yang disenaraikan, kita mengenalpasti 12 daripadanya ditumpukan dalam bidang pendidikan dan selebihnya termasuk bidang Pertanian, Periniagaan, Pelancongan, Jualan Runcit dan banyak lagi,” ketika ditemui dalam sidang media sempena taklimat Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Pemandu, petang tadi.

Dalam pada itu, jelas Hamidah, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti beberapa bidang yang dianggap boleh dibangunkan oleh pihak Pemadam selain yang projek-projek yang telah dicadangkan oleh mereka.

Katanya lagi, melalui EPP yang dicadangkan itu ia bukan sahaja bersesuaian dengan makmal keenam KRA Perak Aman Jaya malah initiatif berkenaan turut membantu kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan pelaburan swasta sama ada dari dalam ataupun luar negara.

“Melalui KRA keenam iaitu Yayasan dan Gagasan Sektor Swasta Yang Mampan, EPP sudah pasti dapat memberi pendedahan yang lebih tinggi kepada pelabur-pelabur swasta ke Perak dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi negeri melalui penyertaan di dalam ETP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");