Perak Hari Ini

MB Perak meriahkan PDR Selangor dan Wilayah Persekutuan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Hari Keluarga Persatuan Darul Ridzuan (PDR) Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pulau Pangkor, Jumaat ini.

Timbalan Pengerusi Biro Agamanya, Yahya Muhammad Yusof, berkata rombongan yang disertai anak Perak dari Selangor dan Wilayah Persekutuan itu akan bertolak ke pulau berkenaan pada jam 8 pagi dari empat lokasi berbeza.

Lokasi itu ialah Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan; Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun; Pasar Tani Kampung Melayu Subang dan Masjid Negara.

Beliau berkata, ahli rombongan seramai 450 orang, termasuk yang membawa kenderaan sendiri ke Pulau Pangkor dijangka tiba dilokasi penginapan di Pasir Bogak, sebelum solat Jumaat.

“PDR Selangor dan Wilayah Persekutuan merencana pelbagai aktiviti menarik selari dengan sambutan Maulidur Rasul termasuk menjemput penceramah, Zainal Khamis untuk berkongsi ilmu,” katanya di Kuala Lumpur.

Yahya berkata, selain Zambry. Presiden PDR Selangor dan Wilayah Persekutuan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas serta Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Biro Agama PDR Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Abdul Rahim akan turut memeriahkan majlis.

* sumber BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");