Perak Hari Ini

Enam individu dipanggil mengadap PAC Perak

Enam individu dikalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kontraktor akan dipanggil mengadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak dalam tempoh masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar memberitahu kesemua mereka dipanggil bagi memberi keterangan mengenai beberapa projek di kawasan masing-masing.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini menerima laporan berhubung projek terbengkalai dimana ia telah siap tetapi tidak digunakan selain berkaitan projek pembinaan rumah rehat yang masih belum beroperasi.

“Pihak kami perlu membuat beberapa semakan dan pengesahan berdasarkan laporan yang diterima dari Jabatan Audit Negeri Perak sebelum dimaklumkan kepada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Audit Negara.

Tegasnya, PAC mendapati projek tersebut telah menelan kos setinggi RM39.48juta dan ia tidak dimanfaatkan oleh rakyat.

“Jadi, dengan kos yang begitu tinggi, pihak PAC perlu menilai perkara ini dengan lebih teliti dan sebab itulah ketua-ketua jabatan dan kontraktor berkenaan akan dipanggil,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat PAC negeri hari ini.

Raja Ahmad berkata, kami kini dalam proses menyiapkan laporan audit 2009 dan memerlukan keterangan dari ketua jabatan serta kontraktor terbabit.

Justeru katanya,  sekiranya kesemuanya gagal hadir untuk memberikan keterangan tanpa sebab maka mereka boleh dikenakan tindakan disiplin.

”Tugas PAC adalah untuk menyiapkan laporan dan bukannya mengambil sebarang tindakan jadi mereka hendaklah hadir bagi memberikan keterangan bagi menyelesaikan laporan tersebut,”jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, PAC juga akan memanggil pegawai dari Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak bagi menberi penjelasan berhubung kegagalan jabatan terbabit mengutip semula tunggakan pinjaman berjumlah RM27.6 juta sejak 1981 lalu.

Katanya, berdasarkan laporan dan siasatan PAC, jabatan itu dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam berkenaan selain gagal mengambil sebarang langkah untuk menuntut semula bayaran tersebut.

”Sebanyak 181 peminjam ingkar ini masih belum melunaskan semula Pinjaman Pelajaran Negeri Perak masing-masing sejak hampir 30 tahun lalu.

”Namun PAC difahamkan ia berpunca kegagalan jabatan berkenaan mengambil langkah proaktif mengesan, memberi notis dan tindakan tegas yang berkaitan seperti dilaksanakan agensi pembiaya pelajaran seumpama,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");