Perak Hari Ini

PERHILITAN diminta pantau harimau, gajah

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri diminta mengambil tindakan segera menangani serangan binatang liar, termasuk gajah liar dan harimau yang mengancam keselamatan penduduk di beberapa perkampungan Orang Asli di Hutan Belum.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Grik, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pihaknya tidak mahu kelewatan pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya menyebabkan ada kes membabitkan kehilangan nyawa penduduk setempat.

“Jangan tunggu ada kematian baru tindakan diambil, perkara itu (pencegahan) perlu diambil segera kerana kekerapan kejadian serangan membabitkan haiwan berkenaan.

“Sebelum ini, saya pernah mengusulkan supaya diwujudkan pusat santuari gajah di kawasan berkenaan bagi memastikan haiwan liar tidak lagi memasuki perkampungan Orang Asli dan menganggu ketenteraman serta keselamatan penduduk, tetapi masih tiada perkembangan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Tambun Gediu, 60, yang hampir maut diserang harimau ketika keluar berburu di perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Sabtu.

Sementara itu, jurucakap PERHILITAN negeri berkata, pihaknya baru mendapatkan permit untuk memasuki Hutan Belum bagi membolehkan kakitangannya memasuki perkampungan Orang Asli itu untuk menjejak harimau yang menyerang Tambun.

“Kami akan menjalankan pemantauan berkala di beberapa kawasan yang sering berdepan dengan serangan binatang luas berkenaan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

* sumber- BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");