Perak Hari Ini

Forum Perdana Ehwal Islam pertama menggunakan Bahasa Inggeris

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat menyerikan Forum Perdana Ehwal Islam sebagai salah seorang panel khas program tersebut.

Program tersebut yang merupakan episod pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengantara adalah pertama kali menjemput Tun Mahathir sebagai panel Forum Perdana kali ini.

Kedatangan Tun Dr. Mahathir yang juga Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) bersesuaian dengan medium serta intipati program berkenaan.

Siri program yang dianjurkan bersama UTP dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diadakan khas bersempena sambutan Maulidur Rasul dengan membincangkan isu bertajuk Palestin- Isu Sedunia.

Turut dijemput sebagai panel, Pengarah Palestine Centre of Excellence (PACE) Malaysia, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.

Dalam Forum Perdana tersebut, lebih 3,000 umat Islam  termasuk dari kalangan pelajar antarabangsa UTP menyaksikan program ilmiah Bahasa Inggeris yang pertama kali diadakan di Negara ini.

Program yang diadakan sepanjang tiga hari ini menjanjikan beberapa lagi siri Forum Perdana Ehwal Islam dengan perlbagai kupasan isu dan topik berkaitan Islam dan hal ehwal semasa.

Antara yang bakal diperbincangkan termasuk berkaitan Transformasi Diri, Hak Wanita, selain menyentuh isu-isu mengenai HIV dan Aids.

Program ilmiah tersebut, diharap dapat dijadikan platform bagi umat Islam terutama golongan beliau untuk menyuarakan isu-isu berkaitan agama sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");