Perak Hari Ini

Gerakan yakin tawan semula Pulau Pinang

Parti Gerakan yakin mampu menawan kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan strategi baru yang dirangka parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn yang enggan mendedahkan strategi itu berkata, rakyat Pulau Pinang juga tidak berpuas hati dengan pencapaian ekonomi kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

“Beliau (Guan Eng) hanya tahu eksploitasi ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang terhadap dua perkara iaitu sistem penyampaian kakitangan kerajaan dan kelakuan sesetengah pemimpin.

“Maka, setiap kali berucap dalam tempoh tiga tahun ini, beliau menghentam kakitangan kerajaan dan UMNO. Ini dua sahaja perkara yang dia tarik sokongan tetapi dari segi pencapaian ekonomi, apa pun tiada,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan negeri di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Tack, Kampung Simee di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Dalam pada itu, Ko Youn berharap para pengundi di Pulau Pinang akan menyokong Barisan Nasional yang boleh merancang serta membangunkan ekonomi negeri tersebut.

Sementara itu, Zambry sewaktu berucap pada majlis itu menyeru orang ramai menghargai keamanan dan kemakmuran di negeri ini.

Mengambil contoh kekacauan yang berlaku di Mesir ketika ini, beliau mengingatkan bahawa sekiranya keamanan itu hilang, maka ia tidak mudah untuk diperoleh kembali.

“Kita boleh menikmati segala-galanya tetapi sekiranya tiada keamanan yang dicapai, maka ia menjadi tidak bermakna,” katanya.

Selain itu, beliau turut yakin Gerakan mampu mengembalikan keyakinan pengundi di negeri ini untuk turut sama-sama menyumbang kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");