Kolumnis

JADAH APA KELUARKAN PELAJAR-PELAJAR PAS DI MESIR?

Kemelut di Mesir masih berterusan. Orang PAS adalah puak yang paling kuat menyalak minta kerajaan keluarkan anak-anak mereka dari negara yang sedang bergolak itu. Selain melalak, mereka turut mendesak dengan menggunakan pelbagai medium bagi menimbulkan perasaan bersalah Kerajaan Pusat yang didominasi oleh UMNO sehingga terkeluar kenyataan bahawa, anak-anak mereka adalah umat Islam, begitu juga dengan UMNO. Jadi, sudah menjadi kewajipan UMNO untuk bantu keluarkan orang Islam sebab…. ‘KITA BERSAUDARA!’

Secara jujurnya, ramai orang UMNO yang sangat tidak senang dengan kepanikan puak-puak PAS yang bersikap haramjadah selama ini dan sering mendabik dada bercakap besar dalam apa-apa juga isu. Perasaan meluat itu bertambah-tambah apabila mereka sekadar bermodalkan air liur sedangkan pada masa yang sama, UMNO menghantar pemimpin-pemimpin mereka seperti Azeez Baling ke Mesir untuk menyelamatkan para pelajar Malaysia.

Perlu diketahui, lebih 90% pelajar-pelajar Malaysia di Mesir adalah terdiri daripada pembenci Kerajaan Pusat, UMNO dan sangat mengharamkan Barisan Nasional. Dalam apa juga keadaan, mereka sentiasa beranggapan PAS dan Pakatan Rakyat adalah penyelamat mereka yang sebenarnya.

Namun Kerajaan Malaysia menerusi mulut Perdana Menterinya yang mengarahkan agar tidak seorang pun pelajar atau rakyat Malaysia ditinggalkan di Mesir, tidak menghiraukan tentang rasa tidak senang penyokong-penyokong sendiri meskipun di tanah air sendiri, kumpulan yang sama sedang berhempas pulas untuk mewujudkan senario yang serupa dengan di Mesir.

Antara alasan yang paling melawakkan dan paling menjengkelkan diberi oleh para penyokong PAS ialah, ‘Siapa Kerajaan Pusat?’ dan ‘Kami Juga Pembayar Cukai.’

Agak aneh, apabila melibatkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, lain pula bicaranya. Di Kedah dan Kelantan, diskriminasi terhadap bukan penyokong PAS begitu ketara dalam semua hal. Tidak pula diperkirakan bahawa siapa kerajaan negeri dan kami juga pembayar cukai. Begitu juga di Perak apabila Nizar Jamaluddin yang dilantik oleh Seri Sultan Perak sebagai Menteri Besar, memastikan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu kepada PAS menerusi ‘anugerah’ tanah 999 tahun kepada mereka, tidak pula mengambil kira tentang ‘siapa kerajaan negeri’ dan ‘kami juga pembayar cukai’.

Mengapa apabila melibatkan Kerajaan Pusat, lain yang diperkirakan?

Atau sememangnya Kerajaan Pusat tidak mengamalkan diskriminasi dan para penyokong Pakatan Haram bimbang kalau-kalau Kerajaan Pusat mempraktikkan amalan Kerajaan Pakatan Haram yang mentadbir Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang?

Apatah lagi seringkali pula mereka menggambarkan Kerajaan UMNO sebagai kerajaan yang zalim, berat sebelah, tidak prihatin, tidak berhati perut dan sebagainya bagi mendorong lebih ramai yang menyokong mereka. Apabila kemelut berlaku di Mesir dan UMNO menunjukkan keprihatinan melebihi keprihatinan PAS sendiri walaupun terhadap anak-anak didik mereka, para penyokong Pakatan Haram jauh lebih bimbang kerana golongan pelajar tersebut mungkin akan berpaling menyokong UMNO pula.

Justeru, mereka cuba menekan dan memperlihatkan UMNO kekal sebagai penzalim sekalipun UMNO dan Kerajaan Pusat yang bersusah-payah ke Mesir untuk mengeluarkan para pelajar tersebut.

Yang sohehnya, Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO telah memenuhi tanggungjawab sosialnya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di seberang laut tanpa mengira fahaman politik atau pegangan akidah mereka. Semuanya dianggap sama iaitu RAKYAT MALAYSIA. Sepatutnya sebagai golongan yang bersyukur, mereka perlu sama-sama berganding bahu membantu Kerajaan Pusat, bukannya sibuk berganding bahu untuk mempolitikkan keadaan kucar-kacir di Mesir bagi mendapatkan mileage untuk parti politik mereka di Malaysia.

Pada masa yang sama, anak-anak didik PAS yang ditarbiahkan dengan doktrin Kerajaan UMNO adalah zalim, kufur dan diktator, akan terus berkembang biak sambil berusaha menyembelih UMNO dalam apa juga keadaan tanpa perlu mengingati semula jasa-jasa UMNO seperti yang sedang mereka lakukan sekarang.

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");