Perak Hari Ini

Sultan Perak meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2011

Ribuan rakyat Perak pelbagai kaum membanjiri perkarangan stadium Indera Mulia, Ipoh bagi sama-sama meraikan sambutan Majlis Tahun Baru Cina Peringkat Negeri 2011 petang tadi.

Sambutan Gong Xi Fa Chai kali ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim Davidson yang berkenan untuk mencemar duli berangkat ke majlis tersebut

Majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu juga dimeriahkan dengan kehadiran Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Ibni Raja Muda Musa dan isteri Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah bersama-sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut menghadirkan diri, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Tahun Baru Cina kali ini, Datuk Dr. Mah Hang Soon, exco-exco kanan, selain ahli dewan undangan negeri serta orang besar jajahan.

Pelbagai acara telah diadakan bagi meraikan para tetamu serta rakyat Perak yang hadir ke majlis berkenaan antaranya tarian 1 Malaysia, tarian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia dan juga paluan gendang.

Sementara itu lebih 40 gerai makanan dibuka khas bagi menjamu pengunjung yang hadir bagi meraikan sambutan tahun arnab kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");