Perak Hari Ini

Kementerian Pelajaran nilai kerosakan bangunan serta peralatan sekolah akibat banjir

Kementerian Pelajaran sedang membuat penilaian terhadap kerosakan bangunan, kelengkapan serta peralatan sekolah di beberapa negeri yang terjejas teruk akibat banjir, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong.

Katanya, ketika ini, agak sukar mendapatkan jumlah sebenar kerosakan yang dihadapi kerana masih ada mangsa ditempatkan di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan seperti di Johor.

Jelasnya, dua aspek akan diambil kira dalam penilaian samada sekolah, buku dan perabot ditenggelami air banjir serta kerosakan kemudahan yang berlaku di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Kerosakan bangunan dan peralatan sekolah ini perlu dimaklumkan kepada Jabatan Pelajaran negeri untuk diganti semula.

“Selain itu, apabila sekolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir, tidak dinafikan pasti berlaku kerosakan seperti tandas tersumbat yang mana ia perlu dibaiki dengan segera untuk kemudahan murid,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong menyampaikan peruntukan RM3 juta kepada SJKC Bercham bagi membina bangunan baru yang menempatkan 33 bilik darjah di kawasan seluas 2.5 hektar.

Sementara itu, beliau berkata, kerosakan akibat banjir tidak seteruk berbanding tahun sebelum ini kerana kerajaan sudah membuat persediaan awal.

“Kali ini, kita lebih bersedia tetapi masih perlu menunggu sedikit masa sebelum membuat penilaian secara menyeluruh memandangkan air banjir yang bertakung dan tidak mahu mengalir keluar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");