Perak Hari Ini

Elak khidmat orang tengah, berurusan terus di JPN- MIC Perak

Masyarakat India di negeri ini perlu mengelak daripada menggunakan khidmat orang tengah bagi  menyelesaikan masalah dokumentasi mereka, sebaliknya berurusan terus di 15 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpilih sempena kempen Mydaftar Nasional yang dijadual  berlangsung dari 19 hingga 26 Februari ini.

Pengerusi MIC Perak, Datuk S Veerasingam, pihaknya ada menerima aduan berkaitan kegiatan orang tengah yang mengaut ribuan ringgit atas alasan untuk menyelesaikan masalah dokumentasi yang dihadapi oleh masyarakat India seperti tiada sijil kelahiran, kad pengenalan dan masih memiliki kad pengenalan merah.

“Jangan guna khidmat orang tengah untuk menyelesaikan masalah dokumentasi kerana golongan ini hanya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan mudah.

“Masyarakat India yang berhadapan masalah ini boleh hadir ke Jabatan Pendaftaran di daerah masing-masing dengan membawa dokumen berkaitan pada kempen Mydaftar yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 26 Februari ini.

“Sepanjang tempoh itu, mereka boleh mengunjungi 15 cawangan JPN terpilih untuk mengurus permohonan dan setiap pemohon akan diberi nombor rujukan,” katanya di Ipoh, baru-baru ini.

Katanya, kempen Mydaftar Nasional adalah satu operasi serentak yang dijalankan di sembilan buah negeri khusus untuk mendokumentasikan masyarakat India yang tidak memiliki dokumentasi diri yang sewajarnya.

“Kempen ini bertujuan menyelesaikan masalah yang dialami masyarakat India yang tidak memiliki dokumen diri seperti Sijil Lahir, kad pengenalan dan kewarganegaraan.

“Selain mengunjungi JPN terpilih, mereka juga boleh berurusan dengan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOS) untuk mengisi dan melengkapkan borang yang diperlukan sebelum permohonan dihantar kepada jabatan bertanggungjawab,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");