Perak Hari Ini

Kerajaan negeri akan pantau masalah kedudukan Jeti Kampung Sungai Pinang, Pangkor

Kerajaan negeri akan mengambil perhatian serius terhadap rungutan pengusaha feri ekoran kedudukan beberapa pelantar nelayan yang terlalu hampir dengan jeti Kampung Sungai Pinang Kecil di Pangkor yang mula beroperasi baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu disebabkan kedudukan jeti tersebut yang berada di tengah antara beberapa pelantar nelayan ia menyebabkan feri tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk memasuki kawasan itu.

Selain itu katanya, ekoran daripada masalah kedudukan jeti berkenaan, pemandu feri dikatakan tidak yakin untuk memasuki dan menurunkan penumpang di kawasan tersebut kerana khuatir sekiranya berlakunya perlanggaran kecil.

Bagaimanapun ,jelas Zambry rungutan tersebut timbul disebabkan beberapa masalah teknikal dan berjanji akan membuat pemantauan segera bagi mengenalpasti jalan penyelesaian terbaik.

” mungkin kita boleh panjangkan kedudukan jeti itu supaya feri tersebut boleh memasuki ke kawasan itu namun usaha untuk memperbaikinya akan mengambil sedikit masa,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Lumut pagi tadi.

“saya minta pihak-pihak berkenaan untuk menyediakan pelan perancangan bagi mengatasinya menjelang musim perayaan pada 16 dan 17 Februari ini.

Sebelum ini, Zambry telah mengarahkan jeti tersebut dibuka sebelum perayaan tahun Baru Cina bermula bagi mengatasi masalah kepadatan pengunjung di jeti utama Pulau Pangkor.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 1.9 juta melalui Jabatan Kerja Raya untuk membuat jati baru bagi mengurangkan kepadatan di jeti utama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");