Perak Hari Ini

Kementerian Pengangkutan cadang empat perhentian laluan keretapi Ipoh-Lumut

Kementerian Pengangkutan dalam rangka kajiannnya mencadangkan untuk mewujudkan empat perhentian bagi sepanjang laluan perkhidmatan kereta api Ipoh-Lumut.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu keempat-empat kawasan yang bakal dijadikan perhentian perkhidmatan itu termasuk di kawasan Tronoh, Sri Iskandar, Bota Kiri dan Lumut.

Bagaimanapun katanya, kementerian itu dengan bantuan pasukan dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang mengambilkira beberapa aspek menerusi kajian berkaitan perkhidmatan itu.

Tambah Cho Har, dengan wujudnya perkhidmatan keretapi di laluan itu nanti, ia dijangka akan membuka ruang pembangunan bukan sahaja kepada bandar Lumut malah di keempat-empat perhentian tersebut.

“kita akan cuba mencari seberapa banyak ruang yang membolehkan pembinaan laluan perkhidmatan itu dapat dijayakan,” jelas Cho Har ketika sidang media di Majlis Rumah Terbuka Parlimennya.

“apa yang diharapkan kini, lebih banyak industri dapat dibangunkan dikawasan Lumut termasuk dari segi perkhidmatan keretapi, eksport dan perindustrian.

Terdahulu Cho Har memberitahu kementerian itu sedang menyediakan kajian teliti di  peringkat awal berkaitan cadangan kerajaan negeri Perak untuk mengadakan perkhidmatan kereta api Ipoh-Lumut.

Jelas beliau, daripada maklumat awal ketika itu, pihaknya telah mengenal pasti laluan yang bakal dibina iaitu Ipoh-Batu Gajah-Tronoh-Seri Iskandar-Kampung Acheh namun ia belum dimuktamadkan lagi.

Cho Har menambah, kerajaan perlu meneliti semua aspek dengan mengambilkira kawasan pinggir bandar sepanjang laluan yang dikenal pasti supaya perkhidmatan itu boleh menjadi platform pembangunan selain tidak menjejaskan mana-mana kawasan sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");