Perak Hari Ini

Klinik Dr Zambry semakin diterima rakyat

Klinik Dr Zambry, pendekatan yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat semakin diterima ramai apabila kira-kira 120 aduan direkodkan sempena program Turun Padang di Dataran Kamunting, hari ini.

Pelbagai aduan dibangkitkan rakyat antaranya isu pemilikan tanah, bantuan ibu tunggal serta masalah saliran dan perparitan di kawasan taman perumahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata melalui pendekatan itu, rakyat dapat berinteraksi terus dengan wakil rakyat dan ketua jabatan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

“Rakyat berpeluang berinteraksi dengan saya, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka bagi mendapat kepastian samada ia boleh segera diatasi atau memakan sedikit masa untuk dibuat kajian.

“Hari ini, lebih 100 pengadu mengunjungi Klinik Dr Zambry untuk mengemukakan pelbagai masalah dan ada juga yang datang untuk mengetahui status terkini permohonan mereka.

“Masalah baru yang dibangkitkan pengadu ialah batu tanda tanah hilang secara tiba-tiba dan saya rasa perkara ini belum pernah berlaku di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas program Turun Padang di DUN Kamunting, dekat Taiping hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zambry berkata, rakyat juga semakin selesa dengan pendekatan turun padang dan Klinik Dr Zambry yang bertujuan menyelesaikan masalah rakyat dengan segera.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau mengingatkan ketua kampung supaya berdamping rapat dengan rakyat dalam usaha menyelami masalah yang dihadapi mereka.

Pada majlis itu juga, Dr Zambry menyerahkan Geran dan Notis 5A kepada pemilik tanah Kampung Kaki Bukit Jana 2 dan Rancangan Tersusun Sungai Relung.

Bantuan RM100,000 daripada kerajaan negeri turut diserahkan kepada Lembaga Pengurus SJKC Phui Choi, Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");