Kolumnis

Mahfuz.., Pura-pura bodoh atau MEMANG bodoh!!!

Didalam HarakahDaily, Mahfuz telah buat satu kenyataan yang jelas menunjukkan kebodohannya sendiri. Kenyataan Mahfuz ini juga telah membuktikan bahawa dia sebenarnya langsung tak layak untuk bergelar seorang Ahli Parlimen.

Mahfuz telah mencabar Perdana Menteri DS Najib Razak untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir dan juga menggesa DS Najib mengutuk pentadbiran Presiden Hosni Mubarak. Persoalannya, perlukah Malaysia campurtangan didalam hal ehwal pentadbiran negara luar seperti Mesir?

Mahfuz juga berkata, jika DS Najib benar-benar mendahulukan rakyat, beliau patut menggesa Presiden Mesir supaya meletak jawatan seperti yang dimahukan oleh rakyat Mesir. Nampak tak betapa ceteknya akal pemikiran manusia yng bernama Mahfuz dari Pokok Sena ini?

Kenapalah DS Najib perlu mendahulukan rakyat Mesir pulak? DS Najib bukannya Perdana Menteri Mesir. Lagipun, apa kena mengena rakyat Mesir dengan polisi pentadbiran negara Malaysia. Jelas bagi kita semua bahawa Mahfuz ini tak mampu berfikir dengan baik.

Kenyataan wakil PAS ini didalam Harakah jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa parti itu hanya tahu mengambil kesempatan diatas semua yang terjadi untuk kepentingan politik mereka sahaja. Wakil-wakil PAS memang pakar didalam melakukan hal-hal begini.

Bukannya mereka mahu membantu kerajaan didalam usaha menyelamatkan warga negara kita yang terperangkap di Mesir, tetapi mereka lebih suka membuat kenyataan-kenyataan bodoh untuk menjuarai politik sempit mereka.

Selain dari mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan mengenai isu di Mesir, apakah sumbangan PAS dan Mahfuz terhadap misi bantuan ke sana? Bukankah ramai para pelajar di Mesir itu terdiri dari mereka-mereka yang pro pembangkang? Dimanakah Nik Aziz dan juga para lebai-lebai PAS semua?

Kenapa Nik Aziz tak sibuk pula mahu berdoa supaya rakyat Malaysia disana selamat dari sebarang musibah? Kalau di Pilihanraya Kecil, bukan main laju lagi orang tua tu berdoa dan buat solat hajat untuk memusnahkan umat Islam lain demi undi.

Tapi bila berkenaan dengan keamanan serta keselamatan umat Islam keseluruhannya, Nik Aziz diam membisu umpama tokong “sleeping buddha” di negeri Serambi Mekah. Beginikah manusia yang patut kita gelarkan sebagai ulamak pewaris nabi?

Sekarang ni, ketika kerajaan BN gigih berusaha untuk menghantar misi bantuan menyelamatkan warganegara kita di Mesir, ada ura-ura puak-puak PAS mahu mengadakan demonstrasi dalam negara.

Apakah krisis di Mesir akan berakhir hanya dengan demonstrasi jalanan dari dua tiga kerat puak-puak PAS ini? Inilah yang dimaksudkan dengan peribahasa “bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut”.

CucuTokSagor untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");