Perak Hari Ini

Perak terus terima pelaburan dari pelabur luar negara

Ekonomi Perak akan dijana menerusi komoditi dan hasil bumi tanpa mengenepikan kepentingan alam sekitar.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perancangan rapi ke arah usaha itu sedang dijalankan walau kepentingan alam sekitar terpelihara.

“Saya berbangga kerana dalam tempoh dua tahun ini, Perak mengalami kepesatan memberangsangkan.

“Kita lihat semakin ramai pelabur dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat datang, selain menerima banyak jemputan dari luar negara yang berminat dengan cadangan pelaburan di negeri ini,” katanya.

Malah beliau berkata, syarikat perlombongan bijih besi kedua terbesar di dunia dari Amerika Syarikat, Vale SA sudah mengantar surat rasmi untuk memulakan operasi mereka di Manjung.

“Perkembangan memberangsangkan ini memberi manfaat kepada penduduk tempatan.”

“Apabila syarikat itu beroperasi nanti ia mampu menawarkan kira-kira 600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada penduduk setempat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");