Perak Hari Ini

Masalah setinggan Kampung Batu 4 dan Aulong selesai

Masalah setinggan di Aulong dan Kampung Batu 4 dalam DUN Kamunting berjaya diselesaikan hasil perbincangan antara kerajaan negeri dengan pemaju yang menjalankan pembangunan di kedua-dua kawasan berkenaan.

Sudah berlarutan sejak 34 tahun lalu, isu itu akhirnya berjaya ditangani melalui kerjasama wakil rakyat dan kerajaan negeri yang mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak pemaju demi membela nasib rakyat, kata Menteir Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Masalah di kedua-dua kampung itu sudah selesai cuma menunggu proses pemecahan tanah yang membabitkan pejabat tanah,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina di Aulong, dekat Taiping, kelmarin.

Terdahulu, beliau turut menghadiri majlis sama bersama masyarakat India di Kampung Batu 4.

Hadir sama, exco kerajaan negeri yang juga Adun Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Mohd Khalid, Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum Cina); Datuk Chang Ko Youn dan Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum India); Datuk S Veerasingam.

Tambahnya, masalah juga akan diselesaikan secara berperingkat dan bagi kawasan Aulong pula, kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju untuk menggantikan tanah yang didiami sembilan keluarga termasuk satu tanah tokong kepada pihak pemaju.

“Kita akan mengenalpasti tanah yang bersesuaian sebagai ganti kepada tapak sembilan buah rumah dan sebuah tokong Cina di situ,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");