Perak Hari Ini

MB Perak turun padang ke DUN Kamunting

Bermula 9 Februari semalam MB Perak YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengadakan program turun padang.

Bermula dengan Mesyuarat Exco , lawatan dan perjumpaan dengan masyarakat di Kg Aulong yang menetap lebih 50 tahun tetapi masih bertaraf setinggan.

Ada juga kes mereka menduduki tanah milik orang lain dalam jangka masa yang lama .

Keputusan yang dibuat oleh beliau ialah dengan menggantikan semula tanah pemilik asal ke tempat lain dan tanah tersebut dibagi kepada mereka , ini termasuk kedudukan tokong cina di situ.

Menurut Zambry , pemimpin turun padang adalah lebih baik daripada menyelesaikan masalah dari jauh. Dengan turun padang kita dapat menilai, merasa dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Selain Kg Aulong, Zambry juga melawat ke petempatan penduduk di Batu 4 Kamunting.

Pada malam hari Zambry berjemaah di Surau Kg Pinang Seberang sebelum bersama penduduk dalam majlis Forum Perdana di Dataran Kamunting.

Pada paginya program qiamullail di Masjid Kampung Pasir Batu 4 Kamunting.

Pagi ini di Dataran Kamunting dalam majlis bertemu rakyat dan Klinik Dr Zambry untuk rakyat.

Samping itu memberi bantuan mangsa banjir seramai lebih kurang 300 orang.

Majlis juga menyampaikan MOU Flora Bee Hive Ent dan SAL College dgn Koridor Utara.

Seterusnya Zambry akan bersama rakyat dalam satu jamuan rakyat sebelum melawat Taman Yayasan untuk melihat dan menyelesaikan masalah pembinaan dan naik taraf surau yang dibina oleh penduduk di atas tanah milik Lembaga Air Perak.

Sabtu ini Dr Zambry akan mengetuai wakil rakyat Perak dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di PWTC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");