Kolumnis

Nizar tak layak buat kuliah maghrib..

Dua malam lepas, bekas Menteri Besar Perak dijemput oleh puak-puak totok PAS untuk hadir di Surau Bemban Jaya, Batu Gajah. Nizar sebenarnya diundang untuk memberikan kuliah maghrib kepada dua-tiga kerat penduduk setempat yang hadir.

Isi kuliah Nizar pada malam itu tak lain ialah mengutuk kerajaan BN dan juga kepimpinan DS Zambry di Perak. Nizar menyifatkan kerajaan yang ada sekarang ialah sebuah kerajaan yang menindas rakyat serta membolot harta kekayaan negara untuk kroni semata-mata.

Nizar juga memberi contoh bagaimana dia disingkirkan secara diktator daripada kerusi Menteri Besar Perak. Bagi Nizar, DS Zambry memerintah secara tak sah di Perak kerana jawatan MB itu bukanlah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi sebenar.

Agak menghairankan juga, apakah kuliah maghrib boleh dipenuhi dengan ucapan politik serta maki hamun kepada kerajaan yang memerintah? Bukankah kuliah maghrib sepatutnya diisi dengan ilmu-ilmu agama serta kaedah memantapkan iman?

Inilah jadinya apabila urusan agama diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya. Nizar ini tak layak untuk memberikan kuliah maghrib jika dinilai melalui amalan politik sempitnya. Apakah seseorang yang taksub dan tunduk kepada puak kafir layak untuk mengajar orang lain tentang agama?

Jika orang seperti Nizar yang sanggup memegang lilin menyertai upacara kematian puak kafir ini dibiarkan mengeluarkan kenyataan mengenai Islam, ia tak ubah seperti memberikan ruang kepada musuh Islam memusnahkan Islam itu sendiri.

Sudah tentu didalam kepala Nizar hanya memfokuskan bagaimana untuk kembali berkuasa dan juga memerintah di Perak. Sebab itulah segala ucapannya berkisarkan hal mengutuk kerajaan dan juga corak pemerintahan kerajaan negeri yang kononnya tak adil.

Malanglah pihak-pihak PAS yang menjemput Nizar untuk memberikan kuliah keagamaan di surau serta masjid. Ini kerana, manusia yang bernama Nizar ini tak lagi mampu membezakan antara kepentingan agama dan jugak ketaksubannya didalam berpolitik.

Penulis: CucuTokSagor untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");