Perak Hari Ini

PAPN perlu tenaga pengajar dari pelbagai kaum

Program PERMATA  Negara memerlukan khidmat lebih ramai tenaga pengajar dari pelbagai kaum di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) agar semangat perpaduan dapat dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, ketika ini,  hanya 10 peratus tenaga pengajar bukan Melayu berkhidmat di pusat itu.

“Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan kanak-kanak, kita mahu penyertaan kaum India dan Cina dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak diperluaskan lagi.

“Kita memerlukan ramai tenaga pengajar kerana lebih banyak pusat ini akan dibuka dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, mereka yang berkelayakan dan berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak terutamanya bukan Melayu digalakkan memohon untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar.

“Warga pendidik pelbagai kaum dilihat perlu dalam memperkasakan integrasi bagi mencapai sasaran memperkukuhkan perpaduan kaum dari usia muda,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Heng dan YDP BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli menyampaikan ang pau dan buah limau kepada 31 kanak-kanak dari PAPN Bercham sempena Tahun Baru Cina.

Sementara itu, beliau yang  juga Pengerusi PAPN Bercham, berkata keperluan tenaga pendidik itu juga adalah bagi menampung pertambahan PAPN di seluruh negara.

Katanya, bagi memastikan program Permata ini berjaya, seramai 1,300 pendidik mengikuti latihan Kursus Pendidik Permata di bawah latihan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sehingga tahun lalu, seramai 800 pendidik  berjaya dilatih dan kini ditempatkan di 547 buah PAPN seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");