Perak Hari Ini

Pembangkang jangan sensasikan isu yang berlaku di Mesir

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati parti pembangkang supaya tidak mensensasikan isu yang berlaku di Mesir semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Demikian jelasnya ketika menjawab  tindakan sesetengah pihak yang membuat demonstrasi dan menghantar memorendum melahirkan tidak puas hati atas usaha kerajaan dalam menanggani masalah ini.

Sebaliknya , Zahid meminta supaya mana-mana pimimpin Pakatan Rakyat supya tampil membantu kerajaan dalam misi menyelamatkan pelajar Malaysia di Mesir.

“ saya minta pembangkang jangan hanya bercakap, tunjuk perasaan dan membuat demonstrasi tidak puas hati sebaliknya tampil ke hadapan dan membantu kerajaan membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir,” katanya kepada pemberita pada siding media di Lumut pagi tadi.

Jelas beliau, apa yang lebih penting adalah kerajaan sedang berusaha memastikan pelajar Malaysia selamat dan tindakan pembangkang hanya menuding jari tanpa membuat sebarang tindakan.

“ini adalah tidak adil kepada kerajaan kerana kita sedang menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan pelajar-pelajar ini keluar dari keadaan darurat di Mesir, tetapi pembangkang hanya menyerang kerajaan tanpa apa-apa tindakan mahupun bantuan.

“mereka (pembangkang) sepatutnya bersama kerajaan mengatasi masalah ini dan tidak menjadikannya sebagai agenda politk.

Zahid menambah, tindakan pembangkang yang seolah-olah sengaja mensensasikan isu itu hanya untuk melebarkan pengaruh mereka dilihat berada di luar batas toleransi kerajaan.

Katanya, kerajaan akan membantu semua pelajar di Mesir untuk dibawa pulang ke tanah air dan tidak akan membezakan samada mereka dari tajaan kerajaan pusat atau pembiayaan sendiri,mahupun tajaan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang.

“kita menganggap semua pelajar di Mesir itu adalah rakyat Malaysia dan tidak hanya memberi bantuan berlandaskan fahaman politik tetapi sekiranya pelajar-pelajar itu mahu meneruskan pengajian ia bergantung kepada mereka.

Ujarnya lagi, kerajaan tidak akan bertanggungjawap terhadap keselamatan sebahagian pelajar yang berkeras untuk terus tinggal disana kerana ia adalah pilihan mereka sendiri.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan yakin proses menghantar balik kesemua pelajar daripada Jeddah ke Malaysia dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");