Perak Hari Ini

RM 2 billion diperuntukkan untuk Program Pembangunan Vendor Kapal

Kerajaan meluluskan peruntukkan sebanyak RM 2 billion bagi meningkatkan industri perkapalan menerusi Program Pembangunan Vendor dalam usaha membina 6 buah Kapal Ronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (PV LCS) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu daripada jumlah keseluruhan peruntukkan iaitu sebanyak RM 6 billion, kementerian itu mengharapkan vendor tempatan dapat melengkapi sesama sendiri bagi memajukan syarikat masing-masing.

“ peruntukkan itu akan disalurkan kepada 600 vendor tempatan bagi menjayakan pembinaan kapal ini.

Katanya, kerajaan telah mengamanahkan Bousted Naval Shipyard (BN Shipyard) untuk mengendalikan Projek Pembinaan Kapal Ronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (SGPV LCS) bagi memastikan industri pertahanan melalui sektor pembuatan kapal bergerak seiring dengan Negara lain.

“kita mahu Boustead menjalankan program tersebut secara berstruktur supaya sektor pembinaan kapal perang bukan sahaja dapat diwujudkan malah diperkuatkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat industry projek tersebut.

“ vendor yang terlibat boleh kemukakan pelan perancangan kepada pihak BN Shipyard bagi membolehkan pembinaan kapal itu menepati keperluan yang pihak TLDM mahukan.

Apa yang diharapkan kini jelas Zahid, menerusi perkongsian pintar antara Bousted dan anak syarikatnya serta vendor-vendor yang terlibat ia akan mempercepatkan lagi proses penghantaran kapal-kapal untuk kegunaan pihak TLDM.

BN Shipyard diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk membina 6 buah kapal generasi kedua berdasarkan kemampuan syarikat itu dalam pembinaan kapal yang telah diserahkan kepada TLDM pada 21 Disember tahun lalu.

Sehingga kini sebanyak 2,398 buah syarikat telah berdafdar dengan BN Shipyard untuk bidang subkontraktor dan pembekal dan daripada jumlah itu, hanya 632 syarikat sahaja yang terlibat secara aktif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");