Perak Hari Ini

Pemuda Perak Anjur Program Pemukiman Tarik Pengundi Golongan Muda

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak (BN) akan mengadakan program pemukiman pada 19 dan 20 Mac ini di Taiping, bagi merangka strategi baru dalam memperkukuh komponen parti berkenaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata Pergerakan Pemuda BN mensasarkan program itu ke arah menarik minat lebih ramai golongan muda khususnya yang berumur bawah 40 tahun, untuk mendaftar sebagai pengundi.

Katanya berdasarkan daftar pemilih yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegundi yang berumur dibawah 40 tahun mewakili sehingga 34 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan antara ketua-ketua Pergerakan Pemuda BN Perak dan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini pada Selasa.

Katanya program yang membabitkan kerjasama dengan wakil-wakil rakyat Perak itu juga akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah rakyat.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");