Perak Hari Ini

Pemukiman Angkatan Pemuda BN Perak: Bincang Masalah Belia

Angkatan Pemuda Barisan Nasional Perak akan mengumpulkan semua pemimpin negeri parti itu termasuk dari parti komponen bagi memperhalusi strategi sebelum berdepan dengan Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno negeri, Khairul Azwan Harun berkata Pemukiman Angkatan Pemuda negeri itu bakal menghimpunkan lebih 100 orang dikalangan pemimpin Umno, MCA, MIC selain kepimpinan dari parti Gerakan.

Jelas beliau, perjumpaan yang berlangsung selama dua hari itu bermula 19 sehinga 20 Mac ini akan membincangkan beberapa pendekatan yang disarankan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam usaha memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.

” kita akan mengadakan perjumpaan di Taiping, Perak dan akan membincangkan tiga fokus utama yang dikira boleh membantu parti selain memperkuatkan agenda politik dan pembangunan negeri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Perak.

“perjumpaan ini sebenarnya dilaksanakan atas nasihat Pengerusi BN dimana beliau mahu angkatan pemuda mendekati golongan pengundi belia di Perak.

Katanya, antara pendekatabn utama yang akan diperbincangkan termasuk penambahbaikan struktur organisasi serta memperlihatkan program-program yang sesuai untuk diketengahkan oleh Angkatan Pemuda dalam usaha menarik lebih ramai pengundi berdaftar dikalangan belia.

Menurut Khairul Azwan lagi, setakat ini statistik menunjukkan kira-kira 34 peratus daripada jumlah besar pengundi di negeri itu adalah dikalangan belia.

Justeru beliau menambah, adalah penting untuk Angkatan Pemuda mengambil pendekatan strategik bagi mendekatkan diri serta memahami golongan itu menerusi program-program yang akan dibincangkan nanti.

“melalui perbincangan yang bakal diadakan kita harap bukan sahaja dapat melaksanakan program Perak Aman jaya malah mampu menjayakan setiap agenda pembangunan yang direncanakan kerajaan negeri supaya mendapat outcome yang berkesan.

Selain itu katanya, dalam perbincangan bersama Zambry, Angkatan Pemuda juga diminta untuk mengikis masalah jurang diantara kepimpinan tertinggi dengan di peringkat bawahan bagi mengukuhkan parti itu disetiap peringkat.

Apa yang lebih penting katanya, Angkatan Pemuda akan mengambil langkah yang proaktif di masa hadapan bagi membela nasib golongan belia di negeri itu.

“tidak guna kalau terus berpolitik tetapi mengabaikan golongan belia dinegara ini. Kita tidak mahu kehilangan walau satu undi pemuda pun menjelang pelihanraya akan datang.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");