Kolumnis

Barisan Nasional Lebih Baik Daripada Pakatan Rakyat

Secara kasarnya Pakatan Rakyat sering melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti pelbagai kaum dan tidak rasis sebagaimana Barisan Nasional atau pun Umno.

Kita biarkan mereka dengan tohmahan mereka dan cuba kita lihat sifat sebenar mereka dari jauh. Ternyata pujian mereka terhadap parti mereka adalah tidak benar.

Dalam Barisan Nasional , Gabungan 14 komponen parti diagihkan kerusi dengan seadil-adilnya oleh pucuk pimpinan parti . Ia diamalkan sejak sebelum merdeka lagi di dalam pilihan umum pertama pada tahun 1955.

Di dalam Perikatan sebelum wujudnya BN kita dapat melihat calon dari  komponan parti bertanding di dalam kawasan yang majoritinya Melayu dan sebaliknya.  Ini lah yang dinamakan konsep kongsi kuasa yang amat dicemburukan  oleh Pas.

Malah pemimpin awal Pas ketika itu masih berada di dalam Umno, menentang habis-habisan konsep berkongsi kuasa yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu. Kumpulan ulamak ini keluar Umno dan menubuhkan Pas pada tahun 1951.

Umno dilabelkan sebagai kafir kerana berjuang bersama MCA dan MIC ketika itu. Akan tetapi apabila Pas berbaik dengan Dap , mereka dengan mudah menyatakan mereka meniru Nabi Muhammad SAW yang mengadakan Perlembagaan Madinah dengan puak yahudi.

Tidak timbul lagi soal kafir seperti mana yang mereka ungkapkan 50 tahun lalu. Bagaimanapun, Pas, Pkr dan Dap gagal dalam mencapai kata sepakat seperti mana yang diamalkan oleh Umno BN.

Anwar Ibrahim yang diangkat oleh pakatan gagal menyatupadukan sesama mereka. Dalam PRU 12 yang lalu, Pas dan Pkr bertembung dalam menentang BN, begitu juga dengan kerusi panas P212 Sibu. Dap dan Pkr menentang calon BN.

Dalam Pkr terdapat sedikit liberal kerana ada calon Cina, India itu pun hanya berani bertanding di dalam kawasan yang ramai kaum sendiri. Wakil Cina seperti Tian Chua dan Elizabeth Wong hanya berani bertanding dalam kawasan majoriti Cina sahaja.

Pas sudah tentu fokus kepada kawasan yang lebih kepada pengundi Melayu. Dap pun sama. hanya fokus kepada kawasan majoriti Cina, kawasan lain ia bergantung kepada faktor calon pula. Antara mereka yang popular ialah Ipoh Timur, Ipoh Barat dan beberapa kawasan kebal mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Perak Today ingin melihat calon Pas bertanding dalam kawasan majoriti Cina , Dap dari kaum Cina bertanding di kawasan Melayu, baru tahu langit tinggi atau rendah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");