Isu Panas

Penyokong PAS Marah, Jabatan Agama Islam Ambil Alih Masjid!

Bimbang masjid dijadikan hotel murah, jabatan agama Islam Pahang mengambil alih semua masjid di Kerdau. Tindakan itu dikecam hebat oleh PAS, yang kerap menggunakan masjid sebagai rumah tumpangan mereka setiap kali pilihanraya kecil berlaku.

Tindakan jabatan agama Islam Pahang t…idak memberi peluang kepada PAS untuk menjadikan masjid dan surau untuk mereka jadikan hotel murah mendapat reaksi berbeza dari penduduk dan kariah masjid. Mereka mengalu-alukan peraturan yang dibuat oleh jabatan agama Islam itu. Pada mereka masjid dan surau adalah tempat beribadah dan tidak perlulah dibuat masjid dan surau itu sampai menjadi hotel murah seperti di Hulu Selangor pada PRK lepas.

Itu kisah di Pahang, bagaimana pula kisahnya di Perak. Bila lagi  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak ingin mengambil alih masjid-masjid yang telah dirampas oleh Pas secara tidak sah sejak akhir tahun 90an dan awal 2000.

Jika kita merujuk kepada peraturan, Jawatan kuasa masjid tidak boleh mengadakan  pemilihan dengan mesyuarat agung. Ambil contoh masjid Kg Expo Kamunting dan beberapa buah masjid yang lain. Pas telah merancang satu rampasan kuasa melalui satu mesyuarat agung yang diadakan pada awal tahun 2000 dan paling jijik ialah apabila mereka menghalang AJK yang lama hadir ke masjid tersebut.

Sewaktu masjid baru sedang dalam pembinaan dengan geran oleh kerajaan, AJK Haram Pas ini mengadakan solat hajat supaya tidak didirikan bangunan baru . Ini kerana mereka takut pengurusan masjid tersebut dibuat dan ditetapkan AJKnya oleh kerajaan.

Pun begitu setelah masjid baru siap, AJK masjid yang lama dengan bantuan orang dalam (mereka yang bekerja dalam Majlis Agama Islam Perak) telah berpakat untuk meletakkan semua AJK haram, ke dalam senarai jawatan kuasa masjid baru. Senarai jawatan kuasa yang telah disusun oleh pihak Jawatankuasa Masjid Baru telah dihilangkan oleh golongan kapir ini.

Adalah dengan ini Perak Today berharap pihak Majlis Islam Perak dapat mengambil alih semua masjid dan menukar atau memesat Mudir yang bersekongkol dengan Pas yang merosakkan masyarakat sesebuah kariah masjid. Sesungguhnya kehadiran Pas kedalam masjid telah membawa satu senario perpecahan melayu yang amat dahsyat.

Seperti apa yang berlaku di Kerdau Pahang, Pas juga menggunakan tektik yang sama di semua masjid dan surau yang dikuasai oleh  mereka. Ianya ketara sewaktu PRK Bukit Gantang, sewaktu Nizar Jamaluddin menentan Ismail Safian pada April 2009.

Mereka menjadikan semua masjid seperti kem tentera, pasang khemah untuk tidur dan memasak. Ada juga kisah Pas melarang jemaah BN untuk menunaikan solat sewaktu mereka singgah untuk menunaikan solat fardu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");