Perak Hari Ini

16 mangsa ribut Desa Aman terima bantuan

Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang juga Exco Kanan negeri Perak baru-baru ini menyampaikan bantuan segera kepada 16 mangsa ribut di Taman Desa Aman.
Sambil melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa, beliau juga berharap mangsa ribut dapat menerima ketentuan Allah itu dengan redha.
Pada majlis yang ringkas itu, Hamidah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM100 kepada 16 mangsa ribut.
Pihak Pejabat Tanah dan Daerah pula menghulur bantuan RM200 melalui tabung bencana.
Hadir sama, Penghulu Mukim Pengkalan Pegoh dan pegawai dari Majlis
Keselamatan Negara.
Sementara itu, beberapa mangsa ribut yang ditemui mengucapkan penghargaan kepada Adun Sungai Rapat kerana melawat kawasan berkenaan dan mengambil tindakan cepat bagi membantu mereka.
Datuk Hamidah bersama Penghulu juga sedang mengusahakan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan kepada keluarga-keluarga tersebut.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");