Perak Hari Ini

PERAK 1 VS JOHOR FC 0

Perak membukti memberi 3 mata penuh bermain di laman sendiri dengan kemenangan sulung ketika melayan kunjungan skuad Johor FC pada pertemuan kedua pada saingan Liga Super 2011 di Stadium Perak.

Skuad Perak turun dengan penuh semangat bagi memastikan kemenangan sulung di gelanggang sendiri musim ini sebagai hadiah kepada para penyokong.

Tatkala penonton yang hadir ke stadium mulai gelisah melihat detik waktu di papan skorboard yang telah berhenti pada minit ke 90, Akmal Rizal menjadi wira Seladang malam ini hasil rembatan kencang pada jarak kira-kira 15 meter dari gawang Sang Lebah pada waktu kecederaan.

Hasil hantaran Mohd Syazwan yang menerima hantaran jauh K. Nanthakumar, Akmal Rizal ternyata tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki.

Dan permainan ditamatkan sebaik sahaja Sang Lebah menyambung permainan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");