Perak Hari Ini

10 Ikon Pelancongan Di Perak

Kerajaan Negeri menetapkan 10 ikon utama pelancongan perlu dinaikkan taraf dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan negeri.

Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, program Perak Tourism Retreat: The Way Forward 2011 melibatkan lebih 60 peserta dari pelbagai agensi pelancongan dijangka dapat membantu menyediakan perancangan kukuh bagi sektor itu.

Menurutnya, beliau mengakui banyak perubahan perlu dilakukan dalam usaha agresif menarik ramai kedatangan pelancong asing ke negeri itu,

“Merancang pelancongan Perak bukan sahaja yang diusul dari Kerajaan Negeri, tetapi kerjasama dari badan bukan kerajaan, pihak swasta yang ada kepentingan dalam industri ini dapat membina satu rancangan holistik bagi meningkatkan pembangunan industri ini.

“Ikon pelancongan turut diaudit oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri dan lain-lain agensi bagi melihat secara terperinci seluruh aspek sesuatu produk pelancongan seperti infrastruktur, pusat informasi, dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Katanya, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemandu pelancong perlu ditingkatkan bagi memastikan industri ini terus berkembang.

“Sampai satu tahap umpamanya program IpohHeritage Twin Map sedang berusaha untuk mengalih bahasa peta itu kepada bahasa Mandarin dan Jepun bagi menarik golongan itu selain meningkatkan pusat informasi bagi semua produk pelancongan,” katanya.

Sementara itu, Hamidah berkata, Perak menjadi negeri pertama menyertai Pesta Negeri Perak yang diadakan di Perkampungan Budaya 1Malaysia Menara Kuala Lumpur bermula 19 April hingga 1 Mei ini.

Katanya, sebanyak 12 gerai jualan dan empat gerai pameran akan dibuka bagi mempromosikan produk pelancongan negeri kepada pengunjung di situ.

“Program ini secara tidak langsung akan menggamit pelancong di luar negeri ini untuk lawat sendiri tempat pelancongan di Perak selain produk kraf tangan dan masakan. Pesta ini melibatkan beberapa agensi pelancongan mahupun individu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");