Perak Hari Ini

Aminuddin nafi pelantikan syarikat konsultan PEKA kerana kroni, sebaliknya atas dasar profesional

Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin menafikan badan itu melantik syarikat Talent Solution Sdn Bhd yang bertindak sebagai konsultan kepada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) kerana faktor kroni, tetapi sebaliknya atas dasar profesional, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki syarikat berkenaan.

“Adalah tidak adil untuk  mana-mana pihak membuat tuduhan bahawa syarikat itu dilantik oleh IDR atas dasar kroni. Tidak dinafikan ada beberapa syarikat lain yang tampil menawarkan khidmat konsultan kepada IDR tetapi kita lihat mereka ini tidak mampu dari segi pengalaman dan kepakaran.

“Sebaliknya, walaupun Talent Solution masih baru tetapi Individu yang berada di belakang syarikat itu memiliki pengalaman luas iaitu 15 tahun dalam bidang ini dan telah menggunakan model sama di Iskandar Malaysia di Johor dan begitu juga Kuala Lumpur.

“Yang lebih penting, kita juga mengambil faktor semangat syarikat ini yang mana tunggak Talent Solution ialah anak jati Perak dan mereka ini mahu bersama-sama IDR untuk membangunkan negeri ini.

“Idea ini datang dari IDR dan keperluan menyediakan peluang pekerjaan serta keperluan merapatkan jurang antara majikan dan pekerja adalah sangat penting tetapi untuk memulakannya, kita memerlukan syarikat yang benar-benar layak dan berpengalaman,” jelasnya lagi.

Mengulas bagaimana PEKA beroperasi, Aminuddin menjelaskan, bagi memastikan pusat itu mencapai matlamatnya, IDR memerlukan kepakaran serta pengalaman daripada individu atau syarikat tertentu memandangkan badan itu mendapat peruntukan yang terhad.

Tambahnya, setakat ini, tiada sebarang contractual relationship antara syarikat itu dengan IDR.

IDR katanya, menggunakan modul, sistem dan khidmat nasihat syarikat ini dalam menguruskan pendaftaran rakyat secara cepat dan menjalankan sesi temuduga secara profesional dengan menggunakan ujian profil yang diiktiraf.

“Selain itu, calon yang berdaftar juga diajar cara berpakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga dengan bimbingan syarikat ini. Talent Solution datang membantu dalam beberapa minggu sahaja dan selepas itu PEKA akan berdiri di atas kaki sendiri kerana IDR adalah badan pemikir yang perlu meneruskan agenda lain untuk membangunkan Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");