Kolumnis

ZIONIS START CAMPURTANGAN DALAM VIDEO LUCAH ANWAR

PENULIS: ANON00 Untuk Perak Today

Anwar Ibrahim tahu, reputasinya dan moralnya di mata rakyat Malaysia sudah merudum dengan teruk. Biarpun dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim tidak akan didakwa kerana dia tidak berlakon, tidak mengarah, mahupun menulis skrip untuk video lucah yang sedang hebat diperkatakan sekarang, namun semakin ramai yang menganggap ‘orang seiras Anwar Ibrahim’ di dalam video tersebut sebagai Anwar Ibrahim, maka segala kemuliaannya akan terus merudum.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim seringkali menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat Islamik dan sangat hebat memperkatakan tentang keadilan, ketelusan, keliberalan dan persamaan antara agama. Dan kerana itulah, Anwar memerlukan imej bersih dan suci agar dia boleh terus diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa sebarang dakwa-dakwi.

Namun berita tentang video lucahnya, menyebabkan Anwar Ibrahim meloncat. Tolak ketepi faktor Anwar terpaksa mencari isu untuk menunjukkan dia BERSELERA STRAIGHT dan tidak berminat dengan jubur lelaki.

Ceramah dan kempen yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim tidak mampu menarik perhatian rakyat sepertimana penghujung 1990-an lalu. Reputasi Anwar Ibrahim selaku bakal Perdana Menteri Malaysia bukan sahaja sudah ranap bahkan peluangnya juga semakin tertutup. Para pembiayanya di luar negara sudah semakin resah dengan fenomena yang sedang melanda.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim terpaksa menggerakkan biro antarabangsanya. Dia memerlukan promosi daripada media-media berpengaruh dunia seperti Wall Street Journal, Times, Jerusalem Post, Washington Post dan sebagainya.

Jadi, apabila Wall Street Journal muncul dengan artikel yang memuji Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dalam keluaran terbaru, majalah tersebut mengatakan, video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tidak menjadikan Anwar Ibrahim sebagai makhluk yang terlaknat, sebaliknya menjadikan Anwar Ibrahim sebagi wira yang wajib didendangkan. (BACA DI SINI)

Menurut Wall Street Journal, sekiranya Anwar Ibrahim dapat membuktikan dia bukanlah orang yang dimaksudkan di dalam video tersebut, ia bukan sahaja mampu menangkis segala dakwaan terhadapnya, bahkan akan mewujudkan kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim hanyalah mangsa fitnah dan konspirasi politik UMNO.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, mampukah Anwar Ibrahim menafikan orang di dalam video tersebut bukanlah dirinya? Anwar di dalam ceramah-ceramahnya selepas video seks tersebut didedahkan kepada umum, tidak pernah menafikan bahawa orang itu bukan dirinya, sebaliknya lebih banyak memperkatakan tentang konspirasi dan fitnah yang sengaja dibuat untuk membunuh kerjayanya.

Bagaimana Anwar Ibrahim hendak membuktikan bahawa video tersebut adalah konspirasi dan fitnah selain daripada menggunakan teori para penyokongnya bahawa ‘orang yang menyerupai Anwar Ibrahim’ di dalam video tersebut hanyalah seorang pelakon yang telah diupah dengan menggunakan efek khas bagi memberi gambaran bahawa Anwar Ibrahim membalun seorang pelacur China dengan dua kali pancutan mani dibuat dalam tempoh 20 minit?

Mungkin kerana terlalu terdesak, Wall Street Journal turut cuba mengaitkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam kemelut terbaru ini. Sebelum Wall Street Journal, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution secara tiba-tiba mendesak agar Najib Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir bertanggungjawab dalam kes video lucah tersebut.

Tindakan Saifuddin itu dilihat seperti tindakan terdesak yang cuba menyembunyikan pembabitan orang dalam PKR yang mahu Anwar berambus segera agar kehadirannya tidak menjadi liabiliti kepada PKR. Selama ini, PKR dilihat gagal menumpukan kepada objektif asal penubuhan mereka kerana kebanyakan masa PKR, hanya dihabiskan untuk membela Anwar Ibrahim.

Jangan terkejut jikalau selepas Wall Street Journal, akan muncul beberapa media barat lain yang akan membela Anwar Ibrahim secara bersungguh-sungguh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");