Kolumnis

BERMUSUH DENGAN NIK AZIZ DAN PAS BERERTI BERMUSUH DENGAN SYAITAN

(BHG PERTAMA)

Penulis: Kelembai Bukit Untuk Perak Today

Mungkin ramai terutama sekali para pengikut, ahli PAS dan pemuja Nik Abdul Aziz yang akan tersinggung dengan tajuk artikel ini. Sememangnya jikalau mereka berlapang dada dan mula berfikir secara rasional, mereka akan faham mengapa permusuhan dengan mereka dianggap sebagai permusuhan dengan syaitan.

Syaitan itu jelas mencerminkan segala macam keburukan, kejahatan dan kecelakaan di atas permukaan muka bumi ini. Syaitan tidak pernah ikhlas. Syaitan tidak pernah boleh dibuat kawan sebagaimana dakwaan Nik Abdul Aziz dan para pengikutnya. Bahkan syaitan itu tidak pernah akan beriman kepada Allah Taala sekalipun mereka tahu bahawa balasan yang menanti mereka, amat berat siksaannya.

Pekerjaan syaitan tidak ada lain kecuali membawa manusia ke lembah kehancuran. Kerja mereka tidak ada lain selain daripada menghancurkan kehidupan manusia dengan cara menyelewengkan manusia itu daripada petunjuk Allah Taala yang benar. Bahkan syaitan itu tidak lain kecuali menjauhkan manusia itu daripada jalan kelurusan, kebaikan dan kebenaran.

Oleh sebab itulah, Allah Taala telah mengingatkan setiap orang daripada kita agar kita berhati-hati agar tidak sampai terkena tipu daya dan rayuan busuk syaitan. Kita diberitahu pula tentang betapa besar permusuhan syaitan terhadap umat manusia dan kita dianjurkan untuk melawan dan menentang ajakannya dengan segala macam daya upaya dan jalan, sehinggalah hancurlah kekuatannya, lemahlah kekuasaannya sirnalah kejahatan dan keburukannya yang hendak ditusukKannya kepada kita.

Peringatan Allah Taala sebagaimana di atas jelasd dapat kita baca menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu musuhmu, maka perlakukanlah dia sebagai musuh pula. Dia hanya mengajak kawan segolongannya supaya sama-sama menjadi isi neraka Sa’ir.” (Fathir: 6)

Hujah apakah yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kesudiannya untuk berkawan dengan syaitan sekiranya syaitan ikhlas berkawan dengan PAS? Kalau Allah Taala sendiri telah memberikan peringatan dan cop mohor yang jelas tentang syaitan, bagaimana seseorang yang mengaku takutkan Allah Taala dan bertaqarrub dengan-Nya, masih bersangka baik dengan syaitan?

Tidakkah ia merupakan satu perbuatan mendurhakai perintah Allah Taala? Dan pendurhakaan itu disebarkan pula secara meluas tanpa rasa bersalah sedikit pun? Bukankah itu kerja syaitan yang hendak menyelewengkan manusia daripada jalan kebenaran? Dan tidakkah bagi mereka yang berakal fikiran, harus melawan dengan sedaya upaya apa-apa sahaja saranan orang yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat ini?

Allah Taala juga menceritakan kepada kita semua tentang permusuhan yang dilakukan oleh syaitan kepada datuk kita yang pertama iaitu Nabi Allah Adam a.s. Di situ terkandunglah suatu nasihat yang maha penting. Syaitan itulah yang sudah dapat menyelewengkan baginda sehingga memakan buah pohon yang terlarang dan akhirnya sampai dikeluarkan dari syurga.

Ini dilakukan dengan senjata kebohongan dan tipu daya semata-mata. Nabi Adam a.s telah diajaknya untuk menyalahi perintah Allah Taala dan melakukan apa-apa yang dilarang. Setelah Allah Taala menceritakan semuanya, umat manusia diingatkan-Nya supaya tidak tertipu dengan syaitan, sebagaimana kejayaan syaitan terhadap Nabi Adam a.s.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu semua dapat dipujuk oleh syaitan, sebagaimana dia dapat mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga. Dibukakannya pakaian kedua-duanya sehingga terlihatlah kemaluan mereka. Sesungguhnya syaitan itu, ia dan golongannya dapat melihatmu dan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya syaitan itu Kami (Allah), jadikan pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raf: 27)

Selain itu, Allah Taala menjelaskan pula apa yang akan dilaksanakan terus oleh syaitan sejak menyatakan permusuhan pertamanya dahulu terhadap Nabi Adam a.s. Dia berjanji akan duduk menghadang di jalan kebenaran dengan maksud hendak menyelewengkan umat manusia, menyesatkan dan menyimpangkan mereka dari jalan Allah Taala.

Allah Taala berfirman yang maksudnya:

“Syaitan berkata, “Terangkanlah kepadaku, inikah (Adam) yang Engkau muliakan lebih daripada aku? Kalau Engkau memberikan padaku tangguh (dipanjangkan usia  dan tidak dimatikan) sampai hari kiamat, sudah tentu aku akan membinasakan (menyesatkan) keturunannya, selain sebahagian kecil sahaja.” Allah berfirman, “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti engkau, sudah tentu neraka Jahannam akan menjadi balasan untuk kamu semua, suatu balasan yang cukup pedih. Dan gerakkanlah sesiapa yang dapat engkau gerakkan dengan suaramu dan kerahkanlah mereka dengan pasukanmu yang berkuda dan jalan kaki serta bersekutulah dengan mereka tentang harta dan anak, janjikanlah apa-apa kepada mereka itu. Dan apa-apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanya tipudaya belaka. Sesungguhnya terhadap hamba-hamba-Ku (yang baik) itu tidaklah engkau dapat menguasainya.” (Al-Isra’: 62-65)

Dalam surah yang lain, Allah Taala berfirman yang maksudnya:

“Syaitan berkata, “Kerana Engkau (Allah) telah menghukum aku, maka aku akan duduk mengganggu mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku pasti akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakangnya, dari kanan dan kirinya. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka itu menjadi orang-orang yang bersyukur.” (Al-A’raf: 16-17)

Apa yang ditetapkan oleh Iblis itu mula-mula hanyalah sebagai satu sangkaan dan perkiraan, tetapi hakikatnya berhasil pula. Dalam hal ini, Allah Taala berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya benarlah terjadi persangkaan Iblis terhadap mereka dan mereka lalu menurut kepadanya kecuali (yang tidak menurut) sebahagian orang-orang yang beriman.” (Saba’: 20)

Dalam surah yang lain, Allah Taala berfirman yang maksudnya:

“Yang mereka sembah selain Allah itu hanyalah patung-patung perempuan dan tidak ada yang mereka sembah itu melainkan syaitan yang durhaka. Ia dilaknati oleh Allah. Syaitan itu berkata, “Sudah tentu aku akan menarik (menggoda) sebahagian yang ditentukan daripada hamba-hamba-Mu. Mereka tentulah akan aku sesatkan dan aku janjikan kepada mereka harapan-harapan kosong. Aku suruh mereka memotong telinga-telinga haiwan dan aku suruh mereka mengubah makhluk Allah. Barangsiapa yang mengambil syaitan sebagai pemimpin selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah mendapat kerugian yang nyata. Syaitan itu memberikan janji-janji dan angan-angan kosong kepada mereka, tetapi tidaklah janji-janji syaitan itu melainkan tipu daya belaka.” (An-Nisa’: 117-120)

Ada lagi yang diajarkan oleh Allah Taala kepada kita iaitu syaitan itu giat sekali menanamkan lintasan-lintasan gerakan dalam hal yang berupaya kejahatan, bahkan berusaha untuk mengukuhkan meresapnya hal-hal yang menyebabkan timbulnya keburukan dan kebatilan dalam jiwa manusia.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakuti) kamu semua dengan kemiskinan dan menyuruh kamu semua mengerjakan pekerjaan keji.” (Al-Baqarah: 268)

BERSAMBUNG

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");