Perak Hari Ini

Konvensyen BN Perak Sabtu ini

Barisan Nasional Perak akan menganjurkan Konvensyen BN bagi memantapkan lagi jentera parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Konvensyen, Datuk Ramly Zahari memberitahu menerusi konvensyen berkenaan parti-parti komponen BN diharap mengenepikan konflik yang berlaku sesama ahli sebaliknya menumpukan perhatian kepada agenda pengukuhan parti itu di Perak.

Memandang suasana politik di Perak yang sentiasa hangat, jelas beliau, setiap pemimpin BN perlu lebih fokus dalam mengatasi kelemahan masing-masing melalui pendekatan dan perbincangan di konvensyen tersebut.

Konvensyen yang diadakan pada 19 Mac ini di dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island, Lumut menjanjikan kehadiran lebih 2100 peserta dikalangan pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC selain dari parti Gerakan, PPP, dan Makkal Sakti.

“Melalui konvensyen ini kita harap ahli-ahli BN dapat memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

“Malah, kita juga mahu pemimpin negeri di semua peringkat berusaha untuk mengeratkan lagi pembangunan di kalangan parti-parti anggota dan sekaligus mengurangkan konflik sekiranya ada.

Dalam pada itu, Ramly menjelaskan terdapat perbezaan Konvensyen BN negeri itu jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

“Kita akan mengadakan dua sesi ucapan dimana kita akan menampilkan tokoh-tokoh BN seperti Tun Dr. Lim Keng Yaik, Dato’ Seri S. Samy Vellu, Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Katanya lagi, konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");