Isu Panas

CCTV Rakam Kereta Anwar; Saiful Keluar Kondo Selepas Jam 4.35 Petang

Mahkamah Tinggi diberitahu dua buah kenderaan yang keluar dari Kondominium Desa Damansara selepas jam 4.35 petang pada 26 Jun 2008.

Kenderaan itu adalah bernombor plat WPK 5925 yang keluar pada jam 4.35.05 petang manakala WMK 6 keluar pada jam 5.30.23 petang.

Kenyataan ini dibuat oleh ASP Fauziah binti Che Mat, Juru Analisa, Audio Video Foto di Makmal Forensik PDRM Cheras, semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria 24 Februari 2011.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keterangannya pada 4 Februari 2010 mengakui pada hari kejadian dia menaiki kereta Fiat, plat WPK 5925 dan ketika dia keluar dari unit 1151 pada jam 4.15 petang, dia mengatakan Anwar masih lagi berada di unit tersebut.

Mohd Yusof : Ketibaan pada 2.47 petang. Nak tunjukkan ketibaan SP 1 (Mohd Saiful), naik kereta apa?
Saiful : Saya naik Fiat Merah, WPK 5925

Mohd Yusof : Adakah ini lelaki yang kamu kata berselisih dengan kamu?. Masa yang tertera, masa adalah 2.42, lelaki itu masuk berbeza adalah 9 saat.
Saiful : Ya

Mohd Yusof : Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan Anwar ada di dalam bilik (1151) ?
Saiful : Ya

Saksi ke 22 pihak pendakwa Ahmad Humaizi bin Awang, ketika ditanya Mohd Hanafiah Zakaria pada 9 Mac 2011, milik siapakah kenderaan bernombor plat WMK 6, Ketua Unit Rekod di bahagian Pendaftaran JPJ, Kuala Lumpur itu menjawab kereta itu didaftarkan atas nama Anwar Ibrahim

Hanafiah : Boleh rujuk kepada nombor pendaftaran WMK 6?
Humaizi : Ya.

Hanafiah : Boleh Encik beritahu kepada siapa nombor ini didaftarkan?
Humaizi : Berdasarkan rekod JPJ, kenderaan ini didaftarkan atas penama Anwar bin Ibrahim.

Hanafiah : Nombor pengenalan beliau?
Humaizi : 470810-07-5095.

Hanafiah : Apakah jenis kenderaan tersebut?
Humaizi : Audi Wald WAA6 (A).

Hanafiah : Warna?
Humaizi : Biru.

Hanafiah : Kenderaan WMK 6, sebelum itu adakah diberi nomber pendaftaran lain?
Humaizi : Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan ini bernombor WRQ 2741.

Hanafiah : Bila pertukaran nombor pendaftaran ini berlaku?
Humaizi : Proses pertukaran nombor pendaftaran berlaku pada 25.7.2008.

Hanafiah : Jadi, nombor WMK 6 ini sebelum itu didaftarkan ke atas kenderaan jenis apa?
Humaizi : Jenis MG Rovers model 75U86A berwarna hitam.

Hanafiah : Milik siapa kenderaan ini?
Humaizi : Anwar bin Ibrahim.

Selain dua buah kenderaan ini, ASP Fauziah juga turut ditanya mengenai masa lima buah kenderaan lain yang masuk dan keluar daripada kondo pada 26 Jun 2008. Kenderaan itu bernombor plat WND 1173, BHA 5476, WNK 6238, DAE 5 dan WMK 5251.

Menurut Juru Analisa, Audio Video Foto di Makmal Forensik PDRM Cheras itu, kenderaan WND 1173 memasuki kondo pada jam 11:47:24 pagi dan keluar jam 2:36:13 petang; BHA 5476, masuk 12:15:16 tengahari dan keluar 2:43:04 petang; WNK 6238, masuk 12:20:25 tengahari dan keluar 2:37:17 petang; DAE 5, masuk 12:25:41 tengahari dan keluar 2:56:33 petang dan WMK 5251, masuk 12:41:09 dan keluar 2:37:36 petang.

Dalam keterangan Mohd Saiful dan Ibrahim Yaacub, Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ memberitahu bahawa pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang, Anwar mempunyai mesyuarat bersama Prof. Ariff di Kondominium Desa Damasara. Klik di sini dan di sini

Ketua Unit Rekod di bahagian Pendaftaran JPJ, Kuala Lumpur turut mengesahkan kenderaan berikut :

1. WND 1173 didaftarkan atas nama Malaysian Institute of Economic Research (MIER).

2. WNK6238, Toyota Harrier MCU36(A), warna hitam, berdaftar atas nama Omar bin Malek Ali Merican.

3. WMK5251, BMW, 525 I (A), warna biru, berdaftar atas nama Chan Wai Hung.

4. DAE 5, Porsche Boxter berwarna perak berdaftar atas nama Nik Mohd Sidek bin Nik Abu Bakar.

5. BHA 5476, Honda Accord 2.4L I-VTEC, berwarna emas, pemilik petama di atas nama Nik Mahmud bin Nik Hassan, sekarang di atas nama Ching Thiam Soon

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");