Perak Hari Ini

DAP dan Pas dicabar nyata pendirian terhadap desakan Anwar serah DNA

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman, hari ini mencabar DAP dan Pas menyatakan pendirian mereka samada patut atau tidak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA bagi menjawab tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Katanya, tidak timbul soal menghina mahkamah apabila rakyat mendesak supaya Anwar menyerahkan DNAnya yang ketika ini berlaku di seluruh negara, sebaliknya beliau harus berani tampil untuk  bertanggungjawab jika benar-benar tidak bersalah.

“Kes ini mendapat perhatian rakyat dan ia tidak seharusnya ditangguhkan lagi tetapi hari ini kita dapat lihat sendiri  bagaimana Anwar cuba berdolak-dalik apabila diminta menyerahkan DNAnya.

“Selain itu, Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah juga perlu menyatakan pendirian mereka dengan bersumpah samada tahu atau tidak kegiatan Anwar selama ini,” katanya di Ipoh, hari ini.

Tegasnya, Anwar juga cuba mengheret orang lain untuk menutup kelemahannya dengan mencabar Saiful bersumpah tetapi sehingga hari ini, beliau sendiri tidak berani membuat pengakuan bersumpah.

“Cukuplah kita melihat lakonan Anwar selama ini. Dia suruh Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah dan telah pun melakukannya, tetapi kini mengapa pula beliau berdolak-dalik tidak mahu bersumpah?

“Selain itu, rakyat juga mahu tahu pendirian DAP dan Pas mengenai mengenai desakan Anwar serah DNAnya kerana kegiatan sumbang yang dilakukan Ketua Pembangkang itu dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kegiatan seks luar tabii Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Kenyataan itu keluar dari mulut pemimpin DAP dan bukan Barisan Nasional atau UMNO,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Gopeng, berkata desakan yang dilakukan seluruh negara itu hanya bertujuan menegakkan kebenaran dan kehadiran Ummi Hafilda Ali dan bekas Setiausaha Sulit dan Perancang Strategi Anwar Ibrahim, Rahimi Osman pada demontrasi aman yang dianjurkan Pergerakan Wanita Umno Gopeng baru-baru ini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berdua memiliki  bukti kukuh mengenai kegiatan sumbang Anwar.

Tegasnya, Ummi Hafilda sebelum ini pernah mencabar Anwar supaya menyaman beliau jika perkara itu tidak benar tetapi sehingga hari ini, Penasihat PKR itu hanya berdiam diri mengenai perkara berkenaan.

“Anwar perlu menjawab segala persoalan yang terbuku selama ini dan jika terbukti beliau tidak bersalah, maka selepas itu barulah dia boleh cari salah orang lain.

“Namun, dengan sikap Anwar yang terus berdolak dalih itu termasuk keenganannya menyerahkan DNA secara sukarela, saya percaya rakyat jelata sudah tahu jawapan yang sebenar,” katanya,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");