Berita Hari Ini

Guru Cemerlang Ialah Yang Cekap Mengadaptasi Pembaharuan – Rais

Kecekapan guru mengadaptasi pembaharuan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan mereka guru cemerlang yang disukai pelajar, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Berucap pada Malam Ambang Graduan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini malam ini, Rais berkata sebaliknya, guru yang mengasingkan diri dari inovasi, akan menjadi tidak efektif dan tidak sesuai untuk berhadapan dengan cabaran global pada masa kini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Joseph Salang.

Rais berkata kerajaan telah merangka dan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebagai transformasi ke arah membina modal insan cemerlang dan meningkatkan kualiti pendidikan.

“Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menghadapi perubahan di luar dengan kemajuan teknologi terkini dan perubahan sekeliling bagi memastikan PIPP dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");