Perak Hari Ini

Warga Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak Terima Bonus Empat Bulan Gaji

Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (PPPNP) Selasa mengumumkan bonus empat bulan gaji kepada petugasnya yang akan dibayar bulan depan.

Pengumuman itu yang dibuat Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjadikan PPPNP agensi ketiga kerajaan Perak yang berbuat demikian selepas Lembaga Air Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPPNP di sini, Zambry berkata keputusan bonus empat bulan itu berdasarkan pencapaian memberangsangkan agensi tersebut pada tahun lepas.

“Pemberian bonus ini amat wajar kerana kita mahu memastikan kakitangan bersama-sama merasai nikmat atas prestasi memberangsangkan PPPNP,” katanya.

Zambry berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menaikkan ganjaran persaraan petugas bukan eksekutif daripada 25 peratus kepada 100 peratus.

“Dengan kenaikan ini, pesara akan menikmati ganjaran berdasarkan gaji penuh terakhir mereka.

“Sebelum ini, kita hanya bayar berdasarkan 25 peratus daripada gaji terakhir mereka didarab dengan tempoh perkhidmatan,” katanya sambil menambah bahawa manfaat itu sebelum ini hanya diberikan kepada kakitangan eksekutif sahaja.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");