Kolumnis

Kerajaan dan subsidi

Sememangnya bertuah menjadi rakyat Malaysia dan lagi bertuah kerana berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Ini kerana setiap tahun kerajaan yang dianggap zalim dan menipu rakyat telah membelanjakan 10 billion ringgit untuk subsidi makanan, 19 billion lagi untuk subsidi tenaga dan tambahan 4 billion lagi jika kerajaan terus memberikan subsidi kepada harga minyak untuk memuaskan hati rakyat.

Beberapa bulan yang lalu negara dilanda masalah harga bawang yang melambung tinggi. Pas dengan mudahnya menyalahkan kerajaan kerana gagal membendung kenaikan harga bawang.

Pas lupa atau mungkin mereka tak tahu punca sebenar kenaikan harga bawang, mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada tanaman bawang, mereka tak tahu apakah bencana yang menimpa peladang bawang.

Mereka (Pas) sebenarnya telah menolak ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi sendiri telah diperintahkan oleh jibril dengan perkataan bacalah, bacalah berulang-ulang kali.

Ini lah penyakit tak mahu baca oleh orang Pas kononya media perdana hanya pandai berbohong. Jika mereka membaca berita tersebut, mereka akan tahu bahawa bawang yang kita import adalah datangnya dari Bangladesh dan juga India. Apabila negara tersebut ditimpa banjir dan ribut, semua tanaman akan rosak dan jika ada pun harga sudah tentu melambung naik kerana pemintaan tinggi.

Mujurlah Pemimpin Negara kita sentiasa bergerak ke merata pelusuk dunia untuk bersahabat dan menjalinkan kerjasama perdangan dua hala. Oleh itu apabila negara dilanda masalah kekurangan bawang, dengan mudah pentadbiran negara mendapatkan bekalan bawang dari negara eropah yang lain. Itu baru bab bawang. belum lagi menyentuh bab tepung gandum, oat, dan lain-lain keperluan makanan utama atau makanan ruju rakyat Malaysia.

Apabila pemimpin negara dan rombongan peniaga membuat lawatan keluar negara , Pas dengan mudah menuduh Umno membazirkan wang negara dengan makan angin dan membawa kroni-kroni makan angin ke luar negara.

Padahal Pemimpin kita keluar mencari rezeki untuk memakmurkan negara, ambil contoh kisah ini.  Seorang pesara tentera yang baru saja tamat perkhidmatannya . Walaupun mendapat pencen bulanan, tetapi beliau merasakan dengan khudrat yang masih kuat dan demi menambah pendapatan keluarga besarnya, beliau mengambil keputusan untuk berniaga ikan dan sayur-sayuran menggunakan motosikal.

So, awal-awal pagi lagi beliau dengan tong ikan akan ke pasar borong untuk membeli ikan dan sayur-sayuran. Selesai tugasnya memborong ikan dan sayur beliau akan berehat sebentar untuk solat subuh di surau yang disediakan berhampiran pasar borong, lepas bersarapan dan bila langit mula terang, si peniaga ini memulakan langkahnya untuk menjaja barangan jualannya keserata kampung dan taman.

Jika rezekinya baik, beliau akan balik awal dengan senyum lebar, jika pertengahan bulan pula, atau hujan lebat, sudah tentu beliau akan terus berlegar sehingga dini hari untuk menghabiskan jualannya atau terpaksa simpan untuk dijual pada keesokan harinya.

Itulah yang dibuat oleh pemimpin kita apabila mereka keluar negara. Menjual produk negara untuk mencari pasaran baru dan pada yang sama berusaha membawa masuk pelabur ke Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini ini rakyat kita dapat hidup senang lenang, tak ada rajyat kita merempat di Nigeria, tak ada yang menjadi amah di Indonesia. Tak ada lagi berita yang kita denga rakyat kita bawa besen dan berniaga makanan dan keropok di Thailand. Tak pernah lagi kita dengar rakyat kita pinjam duit Mara untuk buka restoran tomyam di Thailand.  Tak pernah jumpa lagi lagi rakyat kita yang jadi pengemis di Burma atau kini disebut Rohingya. Tak pernah lagi kita dengar anak-anak muda kita berhijarah ke Bangladesh untuk bekerja di kilang-kilang di sana.

Oleh itu sebagai  rumusan, walaupun harga barang naik, tak ada rakyat kita kelaparan dan kebuluran tak makan.  Itu lah yang pelik apabila kita menonton televisyen dalam program “Bersama mu atau masih ada yang sayang”. mereka yang mengaku miskin, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, tetapi tengok badan, mak ai, bulat , gemuk dan langsung tak menggambarkan orang yang miskin kebulur.

Jadilah rakyat yang bersyukur akan nikmat Allah dan nescaya bahawa apabila kita bersyukur, Allah akan menggandakan rezeki kita, sebaliknya jika kita kufur, rasa lah balasanNya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");