Kolumnis

KETAKUTAN SEBENAR PAS

Penulis: ANON00

UMNO-BN menang di Kerdau. Seorang penasihat agama dipertaruhkan oleh UMNO untuk DUN tersebut berjaya menelanjangkan ketakutan PAS yang sebenar. PAS yang sering berbangga kerana calon-calon mereka mempunyai imej agama, kini terpaksa berhadapan dengan situasi yang cuba mereka elak sama sekali. Sesuatu yang sebenarnya sangat tidak diinginkan oleh PAS sepanjang mereka melibatkan diri dalam pilihanraya di Malaysia semenjak tahun 1955.

Selama ini, PAS bermaharajalela dengan permainan agama Islam mereka. Mereka berlagak seolah-olah mereka adalah si faqih dan setiap orang di Malaysia ini perlu mendengar kata-kata mereka apabila berbicara bab agama. Sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka apabila memperkatakan tentang Islam, pasti akan ditempelak dan dikatakan tidak benar.

Contoh terbaik ialah bagaimana Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi angkuh dan sombong apabila menolak cadangan Zul Nordin agar menyemak Surah Abasa. Kata Pejabat Nik Aziz, Zul Nordin tidak layak bercakap tentang hal tersebut sebab dia bukan orang agama. Dia juga telah mengkhianati Nik Abdul Aziz sebab menjadi Ahli Parlimen Bebas dan tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Perak telah bermula dengan baik menerusi perlantikan Menteri Besar yang mempunyai kelayakan dalam bidang agama. Berbanding Nizar Jamaluddin, si tukang hafal-hafal dan tiru-tiruan, Zambry Abdul Kadir jauh lebih layak dan lebih faham, tetapi seringkali ‘dikuttykan’ kerana PAS tidak mahu, pemimpin mereka dilihat bodoh dalam bab agama Islam kerana agama bagi mereka adalah komoditi yang boleh diperdagangkan dengan keuntungan maksima.

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh PAS apabila UMNO mencalonkan orang agama sebagai wakil mereka dalam pilihanraya kecil Kerdau yang baru lepas. Pilihanraya berkenaan dimenangi oleh UMNO dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihanraya pada 2008.

Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menjadi calon UMNO-BN di Kerdau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab. Isterinya pula berkelulusan Usuluddin. Sekaligus menjadikan Syed Ibrahim dan Syarifah Farunai sebagai pasangan yang cukup faqih dalam bab agama Islam, terutama bidang Usul Agama.

Syed Ibrahim merupakan pegawai khas atau lebih tepat lagi penasihat agama kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob. Merupakan anak tempatan dan cukup dikenali di Kerdau dan Kuala Krau, apatah lagi dia merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.

Mungkin orang PAS akan berasa sedikit lega kerana Syed Ibrahim tidak akan melayan sebarang perdebatan yang diajukan kepadanya. Sebabnya, Syed Ibrahim sangat tahu, AGAMA ORANG PAS ialah perdebatan. Orang PAS sentiasa beranggapan, sesiapa yang berani berdebat, itulah yang benar. Mereka tidak akan memperhatikan hujah-hujah, sebaliknya yang diperhatikan adalah keberanian dan ingin tampil ke hadapan. Kebenaran bagi orang PAS hanyalah perdebatan semata-mata, bukan bab usul agama, bukan juga Bahasa Arab mahupun bidang hadis kerana NIK AZIZ TIDAK MAHIR bidang itu. Yang Nik Aziz mahir adalah bidang bertekak bodoh-bodoh. Oleh kerana itu, mereka harus meniru dan melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Nik Aziz!

Paling mengujakan ialah apabila Syed Ibrahim berkemampuan mengumpulkan orang PAS dan UMNO dalam satu majlis dengan penuh harmoni. Apa yang berlaku dalam majlis Maulidur Rasul menyerlahkan ketakutan PAS apabila UMNO mulai menggunakan taktik mereka sebelum ini.

UMNO sebenarnya memerlukan lebih ramai Syed Ibrahim dan Zambry Abdul Kadir. UMNO memerlukan barisan pemimpin yang fasih dan faqih agama dan tidak takut untuk bersuara mahupun membantah pembohongan serta pendustaan PAS secara pantas.

Selama ini, PAS berasa megah kerana apa-apa sahaja yang mereka lakukan atau katakan, tidak pernah dibantah oleh UMNO. Mereka boleh mengatakan yang UMNO kafir… hanya lebih dua puluh tahun kemudian, barulah UMNO berani menjawab. Agak menarik sekarang ini, PAS pula yang diserang oleh golongan baru UMNO yang kelihatan lebih berani berbanding pemimpin sedia ada.

Nik Abdul Aziz contohnya, diasak bertubi-tubi sehingga akhirnya dia menunjukkan belangnya yang sebenar, pembohongan dan pendustaannya selaku orang politik, serta kedangkalannya dalam beberapa disiplin ilmu yang selama ini cuba disembunyikan oleh para pengikutnya dengan cara mendewa-dewakan Nik Abdul Aziz serta memberikan topeng keramat kepadanya.

Masanya telah tiba buat UMNO untuk memalukan para pemimpin PAS yang sebelum ini sangat sombong meskipun bab agama yang mereka faham sangat sedikit. Sanggah apa-apa sahaja pendapat agama para pemimpin PAS yang bersalahan secara berhadapan. UMNO tidak wajar lagi mengulangi kesilapan dengan membenarkan para pemimpin PAS membodohkan rakyat Malaysia menerusi doktrin ulama adalah pewaris Nabi dalam usaha mereka untuk menutup pembohongan serta kebodohan para pemimpin mereka yang digelarkan sebagai ulama….

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");