Kolumnis

RETORIK GUAN ENG NYATA PERLEKEHKAN MELAYU-ISLAM

Penulis: ANON00

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah mewujudkan satu portfolio yang khusus untuk menangani permasalahan bukan Islam di Pulau Pinang. Katanya, dia bukanlah Ketua Menteri yang pertama kerana Perak di bawah Zambry Abdul Kadir telah pun mendahului usaha tersebut dengan perlantikan Dr. Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Dengan dia sendiri mempengerusikan jawatan yang baru diwujudkan itu, Lim Guan Eng begitu bijak mencari selaan untuk MENCARI FASAL dengan Melayu dan Islam sebagai tunggak negara ini. Dengan menjadikan jawatan Dr. Mah Hang Soon dengan jawatan yang sebenarnya diwujudkan oleh Nizar Jamaluddin di Perak sewaktu Pakatan Haram masih menguasai negeri tersebut, Lim Guan Eng cuba menghalalkan perbuatannya di Pulau Pinang.

Sekalipun, tindakannya tidak bertentangan dengan undang-undang mahupun peruntukan perlembagaan, namun secara jelas, Lim Guan Eng sedang berusaha untuk mendekati atau melepasi peruntukan tersebut secara halus.

Apakah selama ini masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini berada di dalam keadaan tertekan? Apakah selama ini tidak seorang Cina, India atau mana-mana kaum bukan Melayu yang dinafikan hak mereka, termasuklah menjadi pemimpin politik? Atau adakah selama ini kerajaan UMNO-BN telah melupuskan dan mengharamkan sebarang pembinaan tokong, kuil, gereja mahupun sinagoge selain masjid dan surau? Tidakkah bercerambah tokong-tokong kecil berwarna merah di merata-rata tempat dan tidak ada seorang Melayu pun yang menghancur leburkan sembahan tersebut atas nama Islam adalah agama rasmi Persekutuan?

Pulau Pinang sebenarnya sudah pun mempunyai Exco yang mentadbir hal ehwal bukan Melayu dan bukan Islam. Timbalan Ketua Menteri II, diberikan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat. Sudah pastilah, jawatan berkenaan sangat signifikan dengan tugas menjaga hal ehwal kaum bukan Melayu dan bukan Islam, memandangkan orang Melayu dan Islam berada di bawah portfolio yang khusus yang sekarang ini dijawat oleh Malik Itik yang bengong dan tolol!!!!

Apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sebenarnya tidak lebih daripada propaganda untuk menunjukkan dia sebagai seorang Ketua Menteri yang hebat dan pandai menjaga negeri dengan mewujudkan sebuah portfolio yang sekalipun sebenarnya tidak penting, namun dapat membuktikan bahawa wujud selaan pada undang-undang dan perlembagaan yang membolehkan Melayu dan Islam dikalahkan serta dihumban daripada Pulau Pinang.

Dan dia berjaya dengan cubaannya itu.

Lim Guan Eng akan melakukannya sekali lagi. Objektif untuk menurunkan taraf agama Islam dan umat Islam di negara ini agar setara dengan agama lain, sentiasa menjadi keutamaan buat Lim Guan Eng dan DAP. Lim Kit Siang dalam kenyataannya turut memuji KEJAYAAN anak lelakinya itu menubuhkan portfolio tersebut tanpa sebarang masalah dari Pusat mahupun daripada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Pada masa yang sama, bagi mengelakkan dia dikecam, Lim Guan Eng akan menggunakan helahnya yang biasa iaitu dengan mengecop mana-mana Melayu atau entiti Melayu sebagai RASIS dan cuba mewujudkan ketegangan kaum atau agama di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, dia juga akan meletakkan sepenuh kesalahan kepada UMNO dan menuduh UMNO yang menjadi dalangnya sekalipun Guan Eng sebenarnya sekadar ingin menutup pembohongannya.

Tiada salahnya bagi Guan Eng untuk mewujudkan portfolio berkenaan di Pulau Pinang. Namun apabila dia menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa orang Melayu itu bodoh dan mudah diperdayakan, sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng mengundang bahaya yang jauh lebih besar berbanding tentangan terhadapnya.

Sepanjang 3 tahun Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pelbagai usaha dan daya telah dilakukan untuk membuktikan Melayu Pulau Pinang sebenarnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kepadanya. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan oleh Melayu Pulau Pinang terhadap Guan Eng, sekadar salakan anjing tidak bergigi. Guan Eng tidak gentar kerana di belakangnya PAS dan PKR sentiasa menyokongnya kerana para pemimpin PAS dan PKR Pulau Pinang memerlukan sokongan kuat Guan Eng bagi memastikan mereka diberi tempat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Dengan kata lain, tiada seorang pemimpin Melayu pun yang boleh diharap bagi pihak Pakatan Rakyat kerana kesemua mereka sedang menanti-nanti peluang untuk menjadi calon.

Persaingan antara Melayu PKR dan Melayu PAS di Pulau Pinang sangat besar. Berbanding PAS, PKR lebih dominan di Pulau Pinang. PAS sekadar mempunyai satu kerusi menerusi Salleh Man dan hanya layak menjadi budak bodoh yang ditampar-tampar dan diketuk-ketuk oleh Melayu PKR. Dan memandangkan persaingan itu besar, Guan Eng menggunakan kesempatan itu untuk mengukuhkan kedudukannya dan DAP di Pulau Pinang.

Ditambah pula dengan pengurangan saiz perkampungan dan penempatan Melayu, portfolio yang baru diwujudkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang akan menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau bebas Melayu! Portfolio yang dipengerusikan oleh Guan Eng itu akan menambahramaikan jumlah pengundi DAP di Pulau Pinang.

Dan UMNO tidak akan mampu bersuara apa-apa kerana Guan Eng menjadikan Mah Hang Soon sebagai senjatanya!!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");