Perak Hari Ini

Lebih banyak Demonstrai Desak Anwar serah DNA

Desakan demi desakan dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNAnya bagi mengetahui sama ada beliau adalah Lelaki Y atau tidak.

Di Perak hari ini tiga Demonstrasi Desakan terhadap Anwar dibuat di beberapa kawasan iaitu di Kuala Kangsar, Tapah dan Bukit Gantang oleh Pemuda Umno kawasan berkenaan selain Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Di Kuala Kangsar, lebih 100 rakyat berarak dengan membawa sepanduk yang bermesejkan desakan terhadap Anwar untuk menghentikan “drama swasta” beliau dengan berselindung disebalik kebenaran.

Demonstrasi yang turut disertai ahli-ahli Perkasa Kuala Kangsar serta Persatuan Gabungan Melayu Perak (GMP) turut membuat laporan polis terhadap Anwar bagi mendesak pemimpin yang disifatkan sebagai manusia bertopengkan syaitan itu supaya melaksanakan apa yang diminta oleh pihak pendakwaraya mahkamah.

Menurut Pengerusi Perkasa kawasan itu, Othman Sani, sekiranya Anwar seorang pemimpin yang membela dan mendengar suara rakyat maka adalah baik untuk beliau menyerahkan DNAnya seperti yang diminta.

“Jangan biar kami tertunggu-tunggu dengan identiti Lelaki Y….. apa perlu takut sekiranya bukan beliau… tidak kah tindakan memberikan DNA itu boleh membantu dalam siasatan kes tersebut… jadi mengapa begitu sukar untuk beliau berbuat demikian kecualilah Lelaki Y tersebut adalah beliau.

“Walaupun telah diminta oleh pihak pendakwaraya…… kami tidak faham mengapa beliau mahu melengah-lengahkan kes terbabit… sebagai rakyat.. kami mahukan kebenaran.

Dalam bantahan tersebut kesemua mereka menggesa Anwar untuk tampil dengan berani untuk menyerahkan DNA beliau seperti yang diminta pihak pendakwaraya mahkamah tinggi bagi membuat perbandingan sama ada terdapat persamaan dengan identiti lelaki Y atau tidak.

“Anwar… jangan jadi seorang pemimpin yang pengecut… serahkan saja DNA.” katanya kepada pemberita hari ini.

Selain itu katanya lagi, desakan itu dibuat bagi menyelesaikan kecelaruan dikalangan rakyat berhubung identiti Lelaki Y yang sehingga kini masih belum dikenalpasti.

Dalam pada itu, desakan yang sama dibuat di Tapah dan Bukit Gantang, Perak.

Apa yang diketahui, demonstrasi desakan di kedua-dua kawasan terbabit juga mempunyai mesej yang sama iaitu mahukan Anwar dedahkan kebenaran dengan menyerahkan DNA beliau.

Difahamkan lebih 200 Pemuda Umno dan NGO terlibat dalam demonstrasi desakan tersebut di Tapah manakala kira-kira 100 lagi di Bukit Gantang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");