Berita Hari Ini

Malaysia, Destinasi Persidangan Paling Mesra Di Dunia

Malaysia kemungkinan merupakan destinasi paling mesra di dunia, kata Pengurus Acara berpangkalan di Brisbane, Craig Mayne.

Syarikat Mayne, Debbie Does Pty Ltd, baru-baru ini menganjurkan persidangan tiga hari di Kuala Lumpur bagi pihak rantaian Terry White Chemists, yang melibatkan 320 peserta dari seluruh Australia.

“Delegasi kami menikmati masa yang menghiburkan. Persidangan itu dan segala yang dialami kami di Kuala Lumpur adalah berkualiti dan dilaksanakan secara profesional.

“Asalnya terdapat rasa kebimbangan apabila Kuala Lumpur pertama kali dicadangkan bagi destinasi persidangan kami, tetapi sebaik tiba di bandaraya itu, kesemuanya bertukar menjadi mengagumkan,” kata Mayne kepada Bernama, sebaik kembali ke Australia.

Bagi acara sosial yang telah diatur, banyak tawaran disediakan bagi disesuaikan dengan kesemua cita rasa dan minat.

Para pelawat, khususnya, menikmati aktiviti membuat mangkok pewter di Royal Selangor School of Hard Knocks.

Mayne berkata pelawat Australia sangat menikmati makan malam di gerai penjaja Janda Baik yang menawarkan pelbagai makanan dan terdapat kebudayaan tarian Malaysia.

“Ia merupakan malam yang sangat menakjubkan,” katanya.

Shangri-La Hotel, lokasi sesi persidangan pleno majlis makan malam, sangat menakjubkan juga dan lebih baik daripada penarafan lima bintangnya.

Mayne berkata beliau melihat banyak peluang bagi Malaysia di dalam pasaran mesyuarat korporat.

“Kami sememangnya akan mencadangkan Malaysia sebagai destinasi persidangan kepada perancang mesyuarat yang lain,” katanya.

Ketua Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia, Zulkefli Sharif berkata beliau gembira mengenai kejayaan persidangan Terry White Chemists.

“Kami berhasrat menambah baik program insentif kami bagi meningkatkan minat terhadap Malaysia sebagai destinasi persidangan yang menakjubkan.

“Melalui pelbagai tawaran mesyuarat, ketersediaan infrastruktur berkelas dunia, cadangan nilai bagi wang yang terbaik, yang kesemuanya dalam satu persekitaran pelbagai budaya di dalam satu destinasi, kami merasa positif mengembangkan urusan persidangan bagi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");