Perak Hari Ini

DAP dan PAS dicabar nyata pendirian terhadap Anwar

Pakatan pembangkang dicabar menyatakan pendirian terhadap tindak-tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana beliau sering memutar belit dan melengahkan kes liwat beliau termasuk enggan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah untuk melancarkan proses penghakiman.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman, berkata kedua-dua parti itu perlu menyatakan pendirian mereka mengenai kes itu kerana selama ini mereka hanya sering menuduh serta memfitnah UMNO.
“Mereka sering menuduh bermacam-macam terhadap pemimpin BN kononnya tidak bermoral tetapi apabila membabitkan kes di kalangan pemimpin mereka, akan mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun.

“Sebaliknya Barisan Nasional (BN) bersifat telus seperti apabila ada kes rasuah membabitkan pemimpin BN, kita bersikap terbuka dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya.

Hamidah yang juga Exco Kanan Kerajaan Perak, berkata Anwar sebagai pemimpin yang pernah berada dalam pentadbiran kerajaan seharusnya menghormati keputusan mahkamah dan tidak cuba melengahkan kes itu kerana perkembangan kes itu diikuti setiap rakyat.

“Selaku Ketua Umum PKR, Anwar seharusnya secara sukarela menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi membuktikan kebenaran dan bukannya mengheret orang lain serta mempolitikkan kes berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");