Perak Hari Ini

Penuntut sokong sewa pesawat

Seramai 700 penuntut dari Perak yang belajar di universiti-universiti di Mesir menyambut baik usaha kerajaan negeri membiayai kos penghantaran mereka ke negara itu bagi menyambung semula pengajian yang tergendala akibat krisis politik di negara berkenaan.

Mereka turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMPk) kerana menyumbangkan wang saku sebanyak RM500 kepada setiap pelajar.

Yang Dipertua Persatuan Keluarga Pelajar Islam Perak di Mesir, Khairul Ashraf Mohd. Khir berkata, bantuan yang disalurkan itu dapat mengurangkan beban keluarga untuk menguruskan penghantaran pulang anak-anak mereka ke Mesir.

“Ia memberi kami semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya kami memberikan sumbangan kepada negeri ini apabila tamat pengajian nanti,” katanya pada majlis perjumpaan penuntut-penuntut Perak di Mesir dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di sini semalam.

Sementara itu, penuntut Usuluddin dan Dakwah Universiti Al-Azhar, Anas Zharif Harun, 22, berkata, kerajaan negeri banyak membantu dalam menangani isu membabitkan penuntut Perak di Mesir termasuk mengeluarkan mereka dari Mesir semasa pergolakan politik memuncak.

Nursyuhada Hashifuddin, 25, juga dari Universiti Al-Azhar bersyukur kerana kerana kerajaan negeri mengambil berat kebajikan anak-anak Perak yang belajar di Mesir.

Rakannya, Siti Aishah Nasaruddin, 23, yang mengikuti pengajian Syariah di universiti sama berkata, bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri dan MAIAMPk itu memudahkan urusan mereka untuk pulang ke Mesir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");