Perak Hari Ini

Peranan ibu bapa tentukan kejayaan pelajaran anak

Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti  bangunan sekolah yang lebih selesa untuk kegunaan pelajar di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Adun Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bagaimanapun, berkata untuk menentukan kejayaan pelajaran anak, peranan ibu bapa dan penjaga itu sendiri amat penting dan ia tidak  seharusnya diserahkan kepada pengurusan sekolah semata-mata.

“Kenapa harus menyalahkan kerajaan jika ada pelajar yang gagal mencapai kejayaan, sebaliknya apakah ibu bapa sedar tanggungjawab yang harus diberikan terhadap pelajaran anak mereka sendiri.

“Justeru, ibu bapa harus mengambil tahu perihal anak mereka samada di sekolah mahupun selepas mereka pulang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

Lebih membimbangkan lagi katanya, jika ada pelajar yang ponteng sekolah kerana sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil berat tentang kegiatan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga berharap ibu bapa mengikis tanggapan bahawa pendidikan di sekolah luar bandar tidak menjamin masa depan berbanding sekolah bandar.

“Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat bilangan pelajar dari luar bandar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi (IPT) semakin bertambah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");