Perak Hari Ini

YBU anjur Program Gerak Sukarelawan dan Pimpinan Muda

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) akan mengadakan program Gerak  Sukarelawan dan Pimpinan Muda bermula 1 hingga 3 April ini di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Penolong Pengurus Media dan Hubungan Awam YBUDR, Rubiah Nordin, berkata program tiga hari dengan penyertaan seramai 200 orang itu bertujuan  memberi pendedahan kepada generasi muda tentang arus kepimpinan dan pentadbiran negara bangsa masa kini

“Ia dapat dijadikan panduan generasi pada masa akan datang dan adalah suatu perkara penting bagi negara dalam melahirkan pewaris bangsa agar nasib seluruh masyarakat akan terus terbela dan dijaga dengan baik.

“Golongan sasar ini juga harus sedar dari terus alpa. Bahawa mereka harus berganding bahu dan tenaga tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan demi menjaga nama baik tanah air tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh.

Beliau berkata, YBU berharap melalui program itu, golongan muda mampu membentuk jati diri dan dapat menjadi pemimpin muda yang berkaliber berlandaskan konsep kesukarelaan yang sebenar.

“Yayasan mengambil inisiatif ini untuk sama-sama melahirkan barisan sukarelawan pimpinan muda, dimana mereka merupakan aset kepada pembangunan negara dimasa akan datang,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, majlis perasmian akan diadakan pada Jumaat,  1 April 2011,  jam 8 malam di kediaman rasmi Menteri Besar  manakala majlis penutup pula berlangsung pada Ahad, 3 April  jam 11 pagi di Hotel Seri Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");