Perak Hari Ini

PLUS naik taraf Plaza Tol Simpang Pulai

PLUS Expressways Berhad (PLUS) sedang menjalankan kerja menaik taraf lorong di plaza tol Simpang Pulai bermula sejak Februari lalu.

Kerja terbabit dijangka siap sepenuhnya sebelum Aidilfitri tahun ini. Plaza tol ini akan mempunyai lima lorong di laluan keluar dan tiga lorong di laluan masuk.

Mengikut kajian PLUS, lima lorong di laluan keluar dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas untuk beberapa tahun akan datang di laluan terbabit.

Bagaimanapun, operasi pembayaran lorong tunai berlapis secara ‘tulang ikan’ seperti yang dicadangkan ‘Ahmad Firdaus’ tidak boleh dipraktikkan di plaza tol ini kerana jarak antara lorong utama dengan lampu isyarat di Jalan Persekutuan selepas plaza tol ini hanya kira-kira 60 meter saja.

PLUS juga mengambil beberapa langkah lain antaranya menempatkan anggota PLUS Ronda tambahan dan anggota Rela di plaza tol dan bantuan polis trafik Ipoh untuk memastikan kelancaran lalu lintas terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih dan menghargai maklum balas diberikan. Semoga ia dapat membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan dan memastikan pemanduan di lebuh raya selamat, selesa dan lancar.

KHALILAH DATO MOHD TALHA,
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad.

SUMBER : BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");