Perak Hari Ini

RM150,000 untuk naiktaraf surau pekan Kubu Gajah

Surau Pekan Kubu Gajah akan mempunyai bangunan tambahan bernilai RM150,000 yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi sebelum ini.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata kerja naiktaraf itu bermula sejak Isnin lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kerja membaiki surau ini bermula Isnin lalu yang melibatkan kos sekitar RM150,000.

“Surau itu mengikut jadual perancangan asal adalah projek baru, tetapi jawatankuasa surau memutuskan ia tidak diganti dengan bangunan baru sebaliknya hanya dinaiktaraf,” katanya selepas meninjau kerja di tapak projek bangunan tambahan di pekan Kubu Gajah, semalam.

Beliau berkata, tinjauan itu bertujuan memastikan kerja pembinaan mengikut spekfikasi dan jadual yang telah ditetapkan.

“Kerja-kerja menaitaraf surau Pekan Kubu Gajah itu akan siap dalam tempoh tidak sampai dua bulan lagi.

“Dengan projek naiktaraf itu, ia diharap dapat memberi keselesaan kepada umat Islam tempatan kerana sebelum ini bangunan surau sedia ada penuh sesak dengan penduduk termasuk wanita dan remaja.

“Apabila projek ini siap kelak, ia akan memberi ruang tambahan termasuk untuk menganjurkan kelas pengajian agama,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua UMNO Cawangan Pekan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");