Perak Hari Ini

Sembilan pelajar Orang Asli terima anugerah cemerlang PMR 2010

Sistem pembelajaran di negara ini sama sekali tidak pernah meminggirkan masyarakat pribumi dalam bidang akademik.

Bertitik tolak daripada itu, pendidikan yang setara diberikan kepada sesiapa sahaja  tanpa mengira batasan kaum dan pencapaian cemerlang juga tidak hanya dikecapi oleh pelajar dari sekolah bandar sahaja tetapi  pelajar Orang Asli juga mampu meraih kejayaan sama seperti pelajar lain.

Bagi meraikan serta menghargai pencapaian pelajar-pelajar ini, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mengadakan majlis anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2010 bagi pelajar Orang Asli di Ipoh, semalam.

Sembilan daripada 201 pelajar Orang Asli yang menyertai program motivasi pelajar anjuran YBUDR pada Disember lalu, berjaya memperoleh pencapaian yang baik dalam peperiksaan tersebut.

Mereka merupakan pelajar Orang Asli dari sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak.

Masing-masing membawa pulang sijil kecemerlangan dan wang tunai RM100 sebagai saguhati selain menaikkan semangat mereka untuk terus berjaya dalam pencapaian akademik.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Khidmat Korporat, Hairul Anwar Mohamed Noor serta diserikan dengan kehadiran Ketua Khidmat Pengurusan Ilmu dan Hubungan Kerajaan,Yusof Nordin dan Ketua Khidmat Komunikasi, See Tean Seng.

Berikut adalah senarai pelajar yang menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2010:

1) NGAH SHERIE A/P ALANG HASLI – 2A3B2C

2) SAKINAH A/P SALAM – 2A1B2C2D

3) SHANIERA A/P SELIMAN – 2A3B2C

4) YASMIN A/P HASAN – 1A1B4C2D

5) MASITA BT ALANG TUA – 1A6C1D

6) NORLAILI A/P OSMAN – 1A4B1C1D

7) TEH MAZUNIKA BT NGAH LAMBUT – 1A1B4C1D

8) MASSLY A/P ITAM HELA – 1A5C1D

9) EDLISTER CAROL A/P BAHARI – 1A4C2D

*YBUPDR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");