Perak Hari Ini

80 murid SK Parit sertai kursus motivasi anjuran YBU

Kira 80 murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Parit terpilih mengikuti kursus motivasi yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan  (YBUDR) sebagai usaha memberi bimbingan secara psikologi.

Selain murid, seramai 50 ibu bapa turut hadir untuk bersama-sama menyelami tanggungjawab dan peranan mereka dalam meningkatkan prestasi anak dalam pelajaran.

Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Raja, Belanja Kanan Parit itu juga bertujuan meningkatkan kualiti pencapaian calon dalam lima mata pelajaran untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ia juga adalah bagi mewujudkan minat dan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Antara pengisian program adalah tentang perancangan masa yang betul sebelum menghadapi UPSR.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.

Hadir sama,  Ketua Khidmat Pengurusan Ilmu dan Hubungan Kerajaan, Yusof Nordin dan Ketua Unit Infra YBUDR, Khairul Shahril serta Pengurus Unit Komunikasi, See Tean Seng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");