Perak Hari Ini

Zambry Yakin Unsur Sabotaj Calon BN Tidak Timbul Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yakin isu sabotaj calon Barisan Nasional (BN) tidak akan timbul pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata beliau, anggota parti komponen BN telah belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum lepas yang antara lain menyebabkan BN ‘kehilangan’ Perak kepada pembangkang.

“Kali ini mereka tidak akan mempertaruhkan masa depan BN dengan menyokong pembangkang hanya kerana tidak suka calon,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen BN Perak, di sini.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata selain itu, semua pasrti komponen akan memastikan calon yang dipilih menepati kriteria yang dimahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Terdahulu, berucap menggulung perbahasan pada konvensyen itu Zambry berkata BN juga telah belajar pelbagai kesilapan yang dilakukan parti tersebut sehingga menyebabkan rakyat menolaknya.

Beliau juga berkata semua parti komponen BN harus berkerjasama membetulkan persepsi jahat yang ditimbulkan pembangkang terhadap pemimpin BN, selain meningkatkan usaha memikat pengundi muda yang akan menjadi penentu pada pilihan raya akan datang.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");